suria

Zahirah MacWilson kongsi pentas dengan Anwar curi perhatian

Zahirah MacWilson dan Anwar Ibrahim dalam satu majlis dialog petang Ahad.

PELAKON Zahirah Macwilson muncul sebagai tetamu dalam satu majlis 'Meet Anwar: Dialog Bersama Anak Muda dan Peluncuran Buku Dr Syed Husin Ali' di Kuala Lumpur pada Ahad.

Kehadiran pelakon wanita itu yang berkongsi pentas dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perhatian di media sosial.

Menerusi video yang di muat naik di laman Facebook Anwar, Zahirah dalam ucapannya berkongsi pendapat tentang peranan sosial media kepada anak muda.

Meet Anwar Event : Dialog Anak Muda & Peluncuran Buku Dr Syed Husin Ali (A People’s History of Malaysia)

Posted by Anwar Ibrahim on Saturday, September 15, 2018

"Saya sendiri berhadapan dengan mangsa buli setiap hari menerima kritikan. Pada saya apa yang penting kita luahkan apa yang kita rasa itu kepada orang lain.

"Kita perlu bekerjasama menghentikan perkara ini kerana ia hanya memberi kesan negatif kepada masyarakat," ujarnya.

Dalam sesi dialog tersebut Zahirah turut berharap orang ramai menggunakan media sosial untuk perkara yang lebih baik dan positif.

Selain itu, Zahirah turut berkongsi pendapatnya yang menyokong kepimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan.

Zahirah MacWilson, Anwar Ibrahim

Artikel Lain