Ingatkan bergurau, memang betul suami hadiahkan Mila Jirin kereta Mercedes - Hiburan | mStar

Ingatkan bergurau, memang betul suami hadiahkan Mila Jirin kereta Mercedes

Hadiah kereta mewah pemberian suami bagi menghargai pencapaian dan usaha dalam perniagaan mereka.

BERMULA hanya gurauan, suami kepada penyanyi Mila Jirin iaitu Ahmad Ailis membuat kejutan dengan menghadiahkan isterinya sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz S400.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 30, berkata hadiah tersebut merupakan penghargaan bagi pencapaian dan usaha perniagaan mereka, Bizmilla Catering.

"Hadiah dari mentor a.k.a suami tercinta. Gembira tak terkata! Walaupun pada awalnya saya berfikir Encik Suami hanya bergurau senda dua hari lalu.

"Saya bertanya kenapa hadiahkan saya kereta ni? Jawab Encik Suami, ini adalah kereta idaman saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mila Jirin tolak hasrat suami berikan Mini Cooper dengan alasan malas memandu


Suami hadiahkan kereta mewah untuk Mila.

"Dan sebagai hadiah untuk pencapaian dan usaha untuk perniagaan kami," katanya.

Mila memuat naik foto bersama kereta mewah yang bernilai lebih RM500,000 itu menerusi laman Instagramnya.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan menganggap pemberian suaminya itu sesuatu yang romantik.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Persis Mutiara ini turut meluahkan rasa syukur dengan dan berterima kasih kepada suaminya.

Namun, bagi Mila, suami dan anak sulung mereka, Arif Zikri yang kini berusia setahun itu adalah anugerah yang paling berharga.

Bagi Mila, suami dan anak adalah anugerah paling berharga.

"Allahuakbar, segala nikmat ini milik ALLAH. Alhamdulillah, terima kasih @isz_mustapha untuk hadiah ini.

"Untuk pengetahuan, awak dan Arif adalah hadiah paling terbaik untuk saya dan tidak ada yang mampu tandingi.

"Insya-Allah moga Allah sentiasa memberi kekuatan dan pertunjuk buat saya dan suami untuk mengemudi keluarga besar BIZMILLA," ujarnya.

Sebelum ini, Mila menolak hasrat suaminya yang ingin membelikannya sebuah kereta jenis Mini Cooper.

Juara program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu dan suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 37, bernikah pada 11 November 2015.

Mila Jirin

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain