Raja Ilya masih dengan kekasih yang sama

Raja Ilya masih menjalinkan hubungan cinta dengan ahli perniagaan di Australia.

PELAKON Raja Ilya menegaskan dia masih menjalinkan hubungan dengan lelaki yang sama iaitu ahli perniagaan yang menetap di Australia.

Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 33, berkata hubungan dia dan lelaki itu sudah terjalin sejak enam tahun lalu.

"Saya masih lagi bercinta dengan lelaki yang sama. Dia seorang ahli perniagaan yang berada di Australia.

"Kami sudah enam tahun menjalinkan hubungan cinta. Saya tidak terlalu berkongsi kisah peribadi kepada umum.

"Mungkin sebab itu ramai orang tidak mengetahui tentang hubungan kami," kata Ilya kepada mStar Online.


Ilya ditemui ketika majlis pentauliahan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan di BoraOmbak, Putrajaya pada baru-baru ini.

Tambah Ilya, dia masih belum merancang untuk membawa hubungan tersebut ke peringkat seterusnya disebabkan kesibukan kerja masing-masing.

"Belum ada lagi apa-apa perancangan untuk berkahwin. Saya nak tumpukan perhatian pada karier dahulu. Dia pun sangat memahami," ujarnya.

Dalam pada itu, Ilya kini bergelar seorang penerbit dan bakal mengatur projek jangka panjang untuk syarikat produksinya.

Dia dan rakan kongsinya akan menerbitkan sebuah filem bekerjasama dengan syarikat penerbitan di Indonesia pada hujung tahun ini.

Raja Ilya kini bergelar penerbit.

"Apa yang boleh saya katakan filem berbajet tinggi ini bakal direalisasikan bersama sebuah syarikat dari Indonesia.

"Skripnya pula dihasilkan pasukan saya sendiri. Kami sudah melalui proses fasa ketiga pra produksi terutama memperkemaskan lagi skrip dan memilih barisan pelakon.

"Boleh dikatakan sebahagian besarnya pelakon Indonesia manakala tenaga belakang tabir digerakkan pasukan Malaysia," katanya.

Bagaimanapun, Ilya enggan berkongsi lebih lanjut mengenai projek tersebut selagi belum siap sepenuhnya.

Raja Ilya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain