suria

Fendy Bakry akan jelaskan sakit sebenar dalam sidang media

Fendy Bakry sudah 80 peratus sihat.

PELAKON yang popular dengan watak Mr Grey iaitu Fendy Bakry bakal meneruskan kerjaya seninya kembali selepas tiga bulan berehat kerana menghidapi penyakit misteri.

Pengurusnya, Fadzil Zahari berkata, keadaan kesihatan pelakon berkenaan sudah 80 peratus pulih dan kini bersedia untuk kembali aktif.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak sahkan ‘Mr. Grey’ sukar bercakap, kesihatan semakin lemah Baca lebih lanjut

"Alhamdulillah boleh dikatakan sudah 80 peratus sihat. Sekarang dia masih berehat di kampungnya di Perlis.

"Namun 15 September dia akan kembali ke Kuala Lumpur dan memenuhi undangan serta menjalani kehidupannya semula seperti biasa,” ujarnya kepada mStar Online.


Fadzil Zahari

Dalam pada itu, ditanya tentang penyakit sebenar pelakon berkenaan, Fadzil berkata, Fendy bakal menjelaskan sendiri perkara itu pada sidang media tidak lama lagi.

Katanya, dia juga terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan orang sekeliling berkaitan keadaan kesihatan pelakon berkenaan yang bercanggah dengan situasi sebenar.

"Semuanya biar Fendy sendiri yang cerita nanti pada sidang media. Saya juga berharap tiada lagi pihak yang beri kenyataan tentang keadaan kesihatan dia.

"Ia tidak benar dan hanya mengeruhkan keadaan sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang drama, Fadzil berkata, pelakon itu belum bersedia menerima tawaran drama bersiri yang memerlukan komitmen tinggi.

Sebaliknya, lebih mengutamakan tawaran telefilem yang mengambil masa penggambaran yang singkat.

Fendy sudah bersedia aktif semula.

"Kita tak berani nak ambil drama panjang yang perlu komitmen tinggi. Tawaran memang banyak selepas drama Mr Grey tapi biar keadaan dia betul-betul pulih,” ujarnya.

Sebelum ini, Fendy dilaporkan mengalami sakit kepala dan lemah badan sewaktu menjalani penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station.

Menerusi laporan mStar Online pada 26 April lalu, kakaknya Fahaniza berkata, Fendy berada di kampung halamannya di Perlis bagi mendapatkan rawatan perubatan secara Islam.

Dia dikatakan berada dalam keadaan lemah sehingga tidak mampu menjawab panggilan telefon.

Sebelum ini Fendy sudah mendapatkan rawatan pakar di hospital namun keadaannya masih sama.

Fendy Bakry

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain