suria

Johan As'ari kagum semangat Ellie Suriaty sokong Najib di mahkamah

Johan luah rasa kagum terhadap pelakon Ellie Suriaty.

PELAKON Johan As'ari meluahkan rasa kagum dengan semangat aktres Ellie Suriaty yang memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Johan bersetuju dengan tindakan Ellie yang mempertahankan Najib dan meminta Peguam Negara iaitu Tommy Thomas bercakap dalam bahasa Melayu.

"Bila di mahkamah peguam di Arab cakap Arab, peguam di China cakap Cina, peguam di Jepun cakap Jepun, peguam di Malaysia cakaplah bahasa Malaysia (Melayu).

"Kalau tanah Melayu ni hilang, kami tak dak tanah dah. Saya kagum dengan semangat Ellie Suriaty" tulisnya.

Pada Rabu lalu, Ellie hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada bekas Najib yang didakwa atas empat pertuduhan masing-masing pecah amanah dan salah guna kuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh di mahkamah... Ellie Suriaty hargai jasa Najib, terpulanglah apa orang nak kata

ARTIKEL BERKAITAN: Johan As'ari mengaku salah, minta maaf kepada Dr Mahathir

Johan As'ari luah rasa kagum dengan semangat Ellie Suriaty.

Menerusi laman Facebook peribadi miliknya, Ellie ada memuat naik rakaman video kata-kata semangat kepada bekas presiden Umno tersebut.

Pelakon berusia 48 tahun merupakan antara selebriti yang menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib.

Antara yang didengar pelakon itu melaungkan 'bebas Najib'.

Sementara itu, foto dan status Johan turut mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif netizen dengan pandangannya itu.

Johan merupakan anak ahli politik yang bergiat aktif dalam Umno iaitu Datuk As'ari Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Pelakon ini juga sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila meminta pihak polis memeriksa kediaman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M).

Dia bagaimanapun sudah memohon maaf kepada Tun M dan netizen yang tergores dengan kenyataan berkenaan.

Pelakon filem Juvana ini turut menegaskan laman Twitter adalah ruang peribadinya untuk meluahkan pendapat.

Johan As'ari

Artikel Lain