suria

Peminat lelaki hubungi Aishah waktu malam... Awas jangan buat lagi!

Aishah harap peminat hormati status sebagai isteri.

PENYANYI Aishah memohon agar peminat lelaki tidak menghubunginya pada waktu malam bagi menghormati status dia sebagai seorang yang sudah berkahwin.

Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 53, berkata, hubungan antara selebriti dengan peminat mempunyai batasan dan mengikut hukum syarak serta tatatertib sebagai orang Timur.

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah ucap selamat tinggal dunia politik

"Seboleh-bolehnya saya akan layan peminat-peminat yang berhubung dengan apa cara sekali pun (mesej peribadi atau lain-lain). Tapi hubungan ini masih tetap kena ada batasannya berlandaskan hukum syarak dan tatatertib kita sebagai orang Timur.

"Jadi, seelok-eloknya terutama peminat-peminat lelaki kalau pun minat, lebih baik berhubung waktu siang hari. Janganlah sampai tengah malam pun masih ingin berkomunikasi. Hormatilah status saya sebagai seorang isteri walaupun saya artis," katanya.

Status Aishah mohon tidak dihubungi waktu malam.

Pada tahun lalu, Aishah mendedahkan telah berkahwin kali keempat, namun memilih untuk merahsiakan identiti suaminya.

Melalui dua perkahwinan terdahulu, Aishah dikurniakan dua anak lelaki, Armand Zahari, 25, dan Azhad Ahlami, 20.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini berkata, perkara itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang fitnah dalam rumah tangganya.

"Adakala saya terlalu sibuk, suami saya yang akan kendalikan telefon bimbit. Supaya jangan jadi satu fitnah. Saya mohon maaf seandai ada yang berkecil hati dengan status ini," ujarnya.

Aishah

Artikel Lain