suria

Idea bukan percuma, brother! - Sufi Rashid tempelak Haqiem Rusli

Sufi Rashid sedih apabila Haqiem menggunakan melodi ciptaannya tanpa kebenaran.

NAMPAKNYA isu mengenai penyanyi Haqiem Rusli semakin hangat apabila Sufi Rashid mendakwa penyanyi itu menggunakan melodi ciptaannya menerusi lagu terbaharunya, Selamat Tinggal Sayang tanpa kebenaran.

Sufi meluahkan rasa sedih kerana Haqiem langsung tidak memberi kredit kepadanya sebagai penggubah lagu walaupun berbesar hati penyanyi baharu itu menggunakan lagu ciptaannya.

"Pertamanya tahniah buat adik @haqiemrusli98_ atas pelancaran lagu baru. Saya berbesar hati lagu itu menggunakan 'intro' yang saya cipta.

"Saya tidak marah tetapi lebih kepada sedih yang saya tidak diberi kredit, sekurang-kurangnya," tulisnya.

Dalam pada itu, Sufi berkata, menggubah lagu bukan usaha yang senang dan sebagai komposer dia tidak sewenang-wenangnya memberikan lagunya kepada sembarangan orang.

Haqiem Rusli. 

Malah kata Sufi, idea untuk menghasilkan lagu bukanlah percuma dan dalam kes Haqiem dia tidak berniat untuk meminta bayaran daripadanya.

"Menggubah keseluruhan 4:02 demo itu sehingga mendapat 3.2 juta. Ia adalah usaha yang saya tidak diberi sewenang-wenangnya kepada sesiapa.

"Idea bukan percuma, brother! Anda tahu saya tidak akan minta sesen pun dari anda.

"Anda atau penyusun lagu anda hanya boleh meminta kebenaran saya dan saya tiada masalah dengannya," tulisnya lagi.

Tambah Sufi, dia juga berharap Haqiem bukan benar-benar mengalami kemurungan kerana ia sesuatu yang bukan sesiapa mahukan selain mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.

"Akhir sekali saya harap anda bukan benar-benar mengalami kemurungan kerana tiada siapa mahukannya kerana ia boleh membunuh anda. Selamat maju jaya," katanya.

Sementara itu, menerusi ruang komen, Haqiem menyifatkan tuduhan itu akan membuka ruang kepada netizen untuk mengecamnya lagi.

"Cukup-cukuplah membuka ruang lagi untuk mereka mengecam aku Sufi, my brother. Please," tulisnya.

Kontroversi mengenai Haqiem bermula beberapa bulan lalu apabila dia mendakwa menghadapi tekanan sehingga dia membuat keputusan untuk meninggalkan dunia seni.

Rentetan itu beberapa rakan artis turut memberi nasihat kepada Haqiem berhubung tindakannya itu namun timbul cerita lain pula apabila dia dikatakan sekadar melakukan gimik berhubung hal tesebut sempena kemunculan single terbaharunya.

Artikel Lain