suria

Gayatri akui kunjungi keluarga Zul Ariffin, serah jodoh pada Tuhan

Zul Ariffin mula dikaitkan semula dengan Gayatri.

KUALA LUMPUR: Penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai tidak menafikan hubungannya dengan aktor Zul Ariffin masih baik selain dia berasa selesa berkawan dengannya.

Gayatri bagaimanapun enggan melayan gosip berlebihan yang terus mengaitkan dia dengan aktor berusia 32 tahun itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin tidak berbaju lagi

“Dari dahulu lagi saya tidak pernah untuk komen mengenai perkara ini dan saya biarkan apa juga telahan yang ingin orang katakan.

“Apa yang boleh saya katakan kami memang baik malah saya selesa berkawan dengan Zul,” katanya.

Gayatri ditemui pada majlis pelancaran filem Hantu Kak Limah yang diadakan pada Selasa.

Zul Ariffin sebelum ini pernah dikaitkan dengan Zahirah.

Filem itu membariskan barisan pelakon seperti Delimawati, Datuk Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Datuk Seri Vida, Ropie, Sabri Yunus dan Erra Fazira.

Hantu Kak Limah terbitan Infinitus dan Astro Shaw bakal menemui penonton di pawagam bermula 9 Ogos ini.

Gayatri ditemui bagi menjawab dakwaan dia dan Zul kembali sebagai pasangan kekasih selepas aktor itu berpisah dengan aktres Zahirah MacWilson.

Zul dan Gayatri pernah bercinta sejak 2012 namun hubungan itu berakhir tiga tahun kemudian.

Dalam pada itu, Gayatri berkata, dia tidak menolak sekiranya berjodoh dengan Zul dan menganggap ia kentetuan Tuhan.

“Kami memang baik dan jujurnya saya selesa dan memahami dia sebagai seorang sahabat.

“Soal jodoh... itu semua di tangan Tuhan,” jelasnya.

Sementara itu, Gayatri juga tidak berselindung pernah mengunjungi keluarga Zul bersempena sambutan Aidilfitri lalu memandangkan dia rapat dengan keluarga aktor itu.

Zul Ariffin, Gayatri, Hantu Kak Limah

Artikel Lain