suria

Betty Banafe nyaris buta gara-gara mainan anak

Anak Betty tidak sengaja tertusuk matanya dengan mainan lego. Foto Instagram: @bettybanafe.

PETALING JAYA: Pelakon Betty Banafe berhadapan dengan detik cemas apabila mata sebelah kiri tertusuk alat mainan kepunyaan anaknya.

Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, 39, memuat naik foto keadaan mata yang tercedera selepas mendapatkan rawatan.

"Anakku tertusuk mataku dengan mainan legonya. Pengorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif masyaAllah hingga melukakan mata hitamnya.

"Semoga kita para ibu diberi kesabarang yang tertinggi. Amin," tulis Betty.

Tambah Betty, dia bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk melihat dan memberi tanda hormat kepada pengorbanan orang yang tidak dapat melihat.

Mata kiri Betty cedera selepas tertusuk mainan anaknya.

Menurut Betty lagi, dia berharap orang yang gembira melihat orang lain menderita itu supaya membersihkan hati mereka kerana tidak mustahil akan melalui dugaan yang sama.

"Bersyukur kita masih boleh nampak. Alhamdulillah. Bayangkan mereka yang kekal buta. Tabik pengorbangan mereka dan orang sekeliling mereka.

"Kuatnya semangat mereka untuk hidup dan terus hidup kerana Allah. Bagi mereka yang tersenyum melihat orang lagi menderita, bersihkanlah hatimu.

"Kerana waktu kita akan datang dengan cubaan yang sama atau yang lainnya. Doakan yang baik-baik buat kami sekeluarga. Terima kasih yang mulia hatinya," katanya.

Rata-rata pengikut di laman sosial mendoakan supaya pelakon drama yang pernah popular, Spa Q ini cepat sembuh.

Betty dan dua orang anaknya.

"Ya Allah. Semoga kakak cepat sembuh. Okey ke mata tu? Dulu pun saya nyaris tak buta. Alhamdulillah sekarang dah okey.

"Semoga Allah memberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan... Amin.

"Saya faham sangat-sangat sebab saya pun ada anak yang aktif.Banyakkan bersabar ya," komen beberapa pengikut di laman Instagram miliknya.

Betty dan suaminya, Bruce Darghous telah mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012.

Pasangan ini telah dikurniakan anak perempuan bernama Julia, 5 dan anak lelaki, Bruce Dean Dargus yang kini berusia tiga tahun.

Betty Banafe

Artikel Lain