suria

Akaun IG palsu sebar fitnah terhadap Syafiq Kyle

Syafiq masih belum memberi penjelasan mengenai kontroversi video lucah miripnya.

PETALING JAYA: Individu yang menggunakan nama Faizi Khairuddin dipercayai mewujudkan akaun Instagram palsu untuk menyebarkan video lucah mirip pelakon Syafiq Kyle yang tular sejak beberapa hari lalu.

Menerusi pemerhatian mStar Online, foto-foto yang dikongsi di laman akaun tersebut adalah milik individu lain yang berasal dari Filipina.

Selain itu, beberapa keping foto perbualan paparan skrin yang didedahkan oleh akaun tersebut sebenarnya hasil suntingan pihak tidak bertanggungjawab.

Pada malam Isnin, pemilik akaun tersebut memuat naik paparan skrin mesej peribadi kononnya dihantar oleh Syafiq yang meminta untuk menghapuskan video berkenaan.

Pemilik akaun bernama Faizi dipercayai menggunakan foto individu yang berasal dari Filipina.

Bagaimanapun paparan skrin itu dihapuskan selepas ia menerima kecaman netizen yang menganggap tindakanitu boleh membuka aib pelakon itu.

Sehingga kini, masih belum diketahui niat sebenar pemilik akaun tersebut menyebarkan video dan perbualan-perbualan palsu.

Sejak malam Ahad lalu, pengguna Twitter mula membicarakan video yang memperlihakan individu mirip pelakon drama Nur itu melakukan perkongsian sembang video bersama seorang individu dikenali sebagai Mira.

Menerusi video tersebut ia menyaksikan lelaki berkenaan sedang berbual tentang perkara yang tidak senonoh, selain dia mengajak individu itu untuk melakukan hubungan seks sekiranya mereka berjumpa.

Sehingga kini tidak diketahui niat sebenar akaun tersebut menyebarkan video dan perbualan palsu.

Video berdurasi kira-kira dua minit itu mula tersebar dan menjadi perbincangan hangat termasuk ada pihak yang berhasrat menjual versi penuh kepada netizen.

Malahan pemilik akaun Instagram ini juga mendakwa memiliki dua lagi video sambungan dan menawarkan untuk dijual kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM20.00.

Selain itu, pelakon drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu itu masih belum tampil memberi sebarang kenyataan berkaitan isu tersebut.

Syafiq Kyle

Artikel Lain