KONTROVERSI video lucah dipercayai mirip Syafiq Kyle menjadi semakin panas apabila muncul seorang individu yang menggunakan nama akaun Faizi Khairuddin dipercayai bertanggungjawab menyebarkan beberapa klip video kononnya milik pelakon itu.
Faizi menerusi laman sosial miliknya mengakui melakukan perkara tersebut dengan niat untuk membalas dendam terhadap pelakon drama Nur tersebut.
Selain itu, dia juga pada malam Isnin memuat naik paparan skrin mesej yang dihantar dari akaun Instagram aktor berkenaan yang merayu agar video itu dipadam dengan segera.
ARTIKEL BERKAITAN: Video lucah mirip Syafiq Kyle dijual RM20
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan Mira dalam video lucah Syafiq Kyle” - Jurusolek
Video tersebut mula dikongsi sejak Ahad.
ARTIKEL BERKAITAN: Akaun IG palsu sebar fitnah terhadap Syafiq Kyle
Bagaimanapun paparan skrin itu dihapuskan selepas ia menerima kecaman netizen yang menganggap sebagai membuka aib pelakon berkenaan.
Selain itu, mesej yang dihantar dari akaun Instagram Syafiq Kyle iaitu Syafiq Kylez itu juga dipercayai bukan ditulis aktor berkenaan, malah akaun Faizi itu dipercayai merupakan akaun palsu yang dibuat untuk merosakkan reputasi pelakon berkenaan.
Menerusi Instastory, pemuda ini juga turut membalas komen seorang individu yang menuduh tindakannya itu seperti mahu membalas dendam.
“Aku dah cakap jangan mencari fasal dengan aku,” tulisnya.
Sehingga kini tidak pasti punca lelaki itu bertindak sedemikian.


