Ieda Moin dah ada teman lelaki tapi belum sedia kahwin - Hiburan | mStar

Ieda Moin dah ada teman lelaki tapi belum sedia kahwin

Ieda Moin bersama teman lelakinya, Amril Gulkhan.

EMPAT tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Ieda Moin mengakui dia sudah mempunyai teman lelaki yang dikenali sebagai Amril Gulkhan.

Bagaimanapun, Ieda atau Siti Haida Abd Moin, 39, berkata, dia masih belum mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan pemuda berusia 35 tahun itu.

"Alhamdulillah saya selesa hidup begini bersama anak saya yang kini sudah berusia 10 tahun.

"Ada yang ingin mendekati tapi yang datang itu suami orang, ada juga bujang tetapi terlalu muda untuk saya.

"Sekarang saya ada teman istimewa bernama Amril tapi saya tidak mahu berkongsi kerana ia terlalu peribadi," ujarnya kepada mStar Online.

Ieda ditemui pada majlis sidang media dan tayangan drama Air Mata di Bumi Matador, di sini baru-baru ini.

Ieda Moin. 

Salam pada itu, bercerita tentang kerjaya, Ieda bersyukur kerana tawaran lakonan lebih banyak pada setiap kali Ramadan.

Katanya, dia juga tidak melepaskan peluang untuk berniaga di bazar sepanjang bulan ini.

"Sejak saya bercerai, setiap kali bulan Ramadan memang bulan yang paling sibuk. Rezeki anak saya agaknya.

"Sama juga tahun ini mulanya saya ingat saya hendak bercuti tapi nampaknya tak dapat sebab jadual saya padat.

"Kalau tak jalani penggambaran, saya berniaga dan menjadi pengacara di bazar Ramadan. Saya berniaga di bazar Ramadan di Shah Alam. Saya jual produk detox, kerepek dan kanta lekap," katanya.

Drama Air Mata di Bumi Matador akan mula bersiaran mulai 30 Mei ini, setiap Rabu dan Khamis pukul 8.30 malam di saluran TV2.

Drama 26 episod itu turut dibarisi pelakon seperti Puteri Aishah, Ben Amir, Nazrief Nazri, Shakilla Khoriri, Eyka Farhana serta pelakon senior antaranya Arash Mohamad, Laila Nasir dan ramai lagi.

Ieda Moin , Air Mata di Bumi Matador

Artikel Lain