Rezeki Ramadan Bob, sambil menyanyi jual kek lapis - Hiburan | mStar

Rezeki Ramadan Bob, sambil menyanyi jual kek lapis

Bob tidak tolak rezeki yang datang pada bulan Ramadan.

PENYANYI Bob Yusof tidak merancang untuk memperlahankan karier nyanyiannya di bulan Ramadan.

Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Yusof, 37, berkata dia menerima sahaja rezeki yang datang untuk mengumpul perbelanjaan di hari raya nanti.

"Setiap tahun apabila tiba bulan Ramadan saya akan cuba untuk perlahankan karier seni tapi tawaran menyanyi tetap datang.

"Saya tak ada rancang untuk perlahankan kerjaya nyanyian pada tahun ini. Terima apa sahaja rezeki yang sampai.

"Boleh saya simpan dan peruntukan untuk perbelanjaan di hari raya nanti," kata Bob kepada mStar Online.


Bob sibuk menguruskan perniagaan jual kek lapis di laman sosial.

Tambah Bob lagi, selain menyanyi dia juga sibuk menguruskan perniagaan jualan kek lapis atas talian.

Katanya tahun ini merupakan tahun ketiga perniagaannya itu dan dia berhasrat untuk mengembangkannya ke Singapura.

"Macam biasa bulan puasa saya akan menjual kek lapis menerusi laman Instagram. Alhamdulillah dah ada pembeli tetap dan peminat kek itu.

"Tahun ini saya ada perancangan nak kembangkan lagi penjualan kek ini ke Singapura pula. Sebab ada ada stokis yang berminat untuk menjualnya.

"Kek lapis ini saya buat sendiri di rumah sebab itu proses lambat sedikit dan hanya boleh buat waktu bulan puasa sahaja," ujarnya.

Bob terpaksa menangguhkan hasrat berduet dengan Syura.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Terbuang Dalam Pelukan ini terpaksa menangguhkan perancangan untuk lagu duet bersama penyanyi Syura.

Menurut Bob, mereka berdua terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga tidak mempunyai masa untuk membuat rakaman lagu ciptaannya itu.

"Sepatutnya lagu duet saya dengan Syura itu untuk hari raya. Tapi masing-masing sibuk dengan kerja. Sebab itu jadi terbengkalai.

"Lagu dah ada tapi masa saja yang tak ada untuk membuat rakaman. Mungkin saya akan tangguh untuk tahun hadapan pula," katanya.

Bob Yusof

Artikel Sebelum

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain