Kesedihan Sufian Diganti Dengan Lebih 2 Juta Tontonan - Hiburan | mStar

Kesedihan Sufian Diganti Dengan Lebih 2 Juta Tontonan

PENYANYI Sufian Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Di Matamu menerima sambutan hangat pendengar.

Sufian, 26, berkata, dia sendiri tidak menyangka lagu tersebut mencapai jumlah tontonan dua juta kali tonton di laman YouTube dalam masa sehari dimuat naik.

"Alhamdulillah, syukur apabila muzik video lagu tersebut menerima sambutan penonton di laman YouTube dan mencapai jumlah satu juta tontonan kurang 24 jam dan mencecah dua juta dalam masa sehari.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu Dilancarkan Sufian Pada Tarikh Nikah Tak Jadi, Dapat Sambutan

ARTIKEL BERKAITAN: “Jatuh Jugalah Air Mata Jantan Saya” - Sufian Suhaimi

Sufian bersyukur lagu terbaharu terima satu juta tontonan kurang 24 jam.

"Perasaan ketika ini susah untuk digambarkan, gembira dan dalam masa sama berterima kasih kepada semua.

"Saya harap semua orang sukakan lagu Di Matamu dan terus memberi sokongan terhadap lagu-lagu saya," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Sementara itu, Sufian tidak menolak kemungkinan isu putus tunang dengan pelakon Elfira Loy turut memberi impak positif terhadap lagu tersebut.

Sufian tegaskan lagu itu tiada kaitan dengan isu putus tunang.

Bagaimanapun, dia sekali lagi ingin menegaskan lagu tersebut tiada kaitan dengan kisah perhubungan mereka itu.

"Saya tak tolak kemungkinan isu lalu membuatkan lagu ini menjadi hit dalam masa yang cepat dan pendengar yang berasakan ia ada kaitan dengan kisah hidup saya.

"Namun, saya nak tegaskan ia tak ada kena mengena dengan apa yang telah berlaku kerana lirik lagu tersebut sudah dicipta sejak tahun lalu lagi dan memang saya bercadang untuk keluarkan lagu tersebut pada tahun ini.

Sufian lancar lagu Di Matamu pada tarikh dia sepatutnya bernikah dengan Elfira.

"Jadi, lagu ini bukanlah dicipta selepas berakhirnya hubungan saya dan Elfira. Cuma, semua yang terjadi ini seperti kebetulan sama dengan maksud lirik tersebut," katanya.

Sebelum ini, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka pada 18 Februari lalu.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Jumaat.

Video muzik Di Matamu yang dilancarkan pada tarikh sepatutnya mereka bernikah iaitu pada Jumaat lalu kini menjadi trending di laman YouTube.

Sehingga pukul 9 malam Sabtu, jumlah tontonan lagu itu sudah mencecah lebih dua juta kali.

Sufian Suhaimi , Di Matamu

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel