Jangan Terpedaya Dengan Aman Aziz Palsu - Hiburan | mStar

Jangan Terpedaya Dengan Aman Aziz Palsu

Aman harap peminat tidak keliru dan tertipu. Foto Instagram: @amanazizofficial

PENYANYI Aman Aziz berharap peminat tidak terkeliru dengan akaun Instagram palsu menggunakan namanya iaitu Aman AF 2014.

Aman, 25, berkata dia sudah menghubungi pengendali Instagram itu untuk tindakan selanjutnya namun tidak berjaya kerana telah disekat oleh pemilik akaun tersebut.

"Instagram akaun @amanaf2014 bukan milik saya dan ia telah wujud sejak saya menyertai program Akademi Fantasia lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Aman Aziz Mahu Berlakon Jika Berat 70KG

Ini bukan Instagram rasmi Aman Aziz.

"Saya tak tahu siapa yang cipta akaun tersebut, saya ada hubungi pemilik akaun itu tapi mereka block (sekat) dan peminat yang komen kata itu akaun palsu turut kena sekat.

"Memang tak boleh nak buat apa dah, saya bimbang kalau peminat keliru dan menyangka saya yang menguruskan akaun tersebut," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Aman berkata dia bimbang jika akaun tersebut memuat naik sesuatu perkara yang tidak bermoral dan menyalahi undang-undang.

Aman menggunakan akaun Instagram dengan nama @amanazizofficial.

"Buat masa ini mereka tak ada lagi buat benda yang tak baik dengan akaun tersebut, cumanya risau kalau mereka buat benda yang menyalahi undang-undang dan terkait dengan saya.

"Nanti tak fasal-fasal saya turut terbabit sama dan ia secara tidak langsung memburukkan nama saya juga.

"Saya minta pengendali tersebut memadam akaun itu atau jika mahu teruskan sebagai akaun rasmi peminat boleh hubungi saya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Aman bersyukur muzik video lagu Sulit capai satu juta tontonan di Youtube.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sulit ini memaklumkan Instagram sebenar yang dikawal olehnya menggunakan nama @amanazizofficial dan dia tiada akaun selain itu.

Bercakap mengenai single ketiganya itu, Aman berkata muzik video lagu ciptaan Fedtri Yahya dan Asfan Shah yang dimuat naik di laman YouTube sejak Ogos 2017 dan telah mencapai satu juta tontonan.

Aman Aziz

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Kami sudah beri yang terbaik" - Aidil

Peng Soon, Liu Ying tinggalkan BAM