suria

“Bukan Mahu Rahsia, Tapi Privasi” - Yuna

Yuna dan Adam selamat bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz pada petang Jumaat lalu. Foto SHAARI CHE MAT

PUTRAJAYA: Penyanyi Yuna menjelaskan dia tidak berhasrat merahsiakan pernikahannya dengan pengarah Adam Sinclair yang berlangsung pada petang Jumaat.

Sebaliknya, kata Yuna, 33, majlis tersebut diadakan secara tertutup kerana inginkan privasi memandangkan ia sebuah majlis istimewa buat dirinya dan keluarga.

“Rasanya ramai mengetahui yang saya seorang yang sangat privasi apabila ia berkaitan dengan hal peribadi.

“Majlis pernikahan itu bukan diadakan secara rahsia cuma secara privasi di mana saya dapat meraikan hari istimewa itu bersama keluarga dan rakan terdekat.

Yuna dan Adam melangsungkan pernikahan di sebuah resort di Bentong, Pahang.

“Majlis itu sesuatu yang sangat peribadi buat saya dan biarlah saya simpan sedikit untuk diri sendiri,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Yuna, Adam Nikah Di Resort Berlatarbelakangkan Pergunungan

Terdahulu pada Jumaat lalu, Yuna dan Adam atau Adam Yousof Mohamed Sinclair, 34, selamat disatukan sebagai suami-isteri dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Puncak Rimba, Bentong Pahang dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan kenalan terdekat pasangan itu.

Pasangan ini mengadakan majlis tertutup kerana inginkan privasi.

Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos tahun lalu.

Malah kata Yuna, dia sebelum ini pun jarang mengetengahkan hal peribadinya kepada umum kerana tidak selesa berbuat demikian.

“Ini pun kali pertama saya memperkenalkan Adam kepada anda (media).

Dalam perkembangan sama, pasangan pengantin baharu itu akan diraikan dalam sebuah majlis kenduri yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Ahad.

Yuna dan Adam berkenalan pada 2013.

Yuna mula mengenali Adam yang juga seorang pengarah ketika terlibat dalam sebuah penggambaran iklan televisyen pada awal 2013.

Hubungan yang pada awalnya hanya sekadar rakan biasa mula rapat sejak 2015 sebelum merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Yuna, Adam Sinclair

Artikel Lain