suria

Wanita Berbikini Bantu Joe Flizzow

Joe Flizzow

PENYANYI rap Joe Flizzow tidak menafikan kemunculan wanita berbikini dalam video muzik (MV) lagu Drop turut membantu menyumbang jumlah penonton di laman YouTube.

Joe atau Johan Ishak, 39, berkata isu tersebut membuatkan netizen ingin mengetahui siapakah wanita dalam MV tersebut.

"Saya akui ada yang tak minat genre muzik rap atau hip hop seperti ini turut menonton MV lagu tersebut kerana mahu tahu tentang gadis Brazil itu.

"Saya tak nafikan mereka ini turut menyumbang kepada jumlah tontonan di laman tersebut," katanya kepada mStar Online.

Joe ditemui semasa pelancaran dan pelantikannya sebagai duta jam tangan baharu jenama Hublot di The Garden Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.

Penyanyi lagu Apa Khabar ini diminta mengulas mengenai kecaman netizen terhadap MV lagu tersebut.

Drop yang diarahkan oleh Shimy Julaini menerima lebih 1.3 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada 23 November tahun lalu.

Sementara itu, Joe berkata dia tidak kisah dengan kritikan netizen dan mengambil sikap tidak mahu membaca komen-komen yang ditinggalkan.

"Saya tahu ada yang kritik penampilan gadis tersebut tapi saya lebih senang untuk tidak membaca komen tersebut.

"Rata-rata yang memuji adalah peminat genre muzik ini dan yang memberi kecaman adalah mereka yang bukan penggemarnya," katanya.

Bercakap mengenai pelantikannya sebagai duta jam tangan Hublot, Joe berkata dia seorang individu yang tidak boleh keluar rumah tanpa mengenakan aksesori berkenaan.

"Saya tak boleh keluar rumah tanpa jam. Pernah terjadi satu kejadian, saya terpaksa pulang semula ke rumah semata-mata ingin mengambil jam yang tertinggal.

"Apabila diberi kepercayaan oleh jenama besar ini, ia merupakan satu kebanggaan dan harapan saya agar mampu membawa jenama dan nama saya sendiri ke peringkat antarabangsa," katanya.

Dalam perkembangan lain, Joe bakal mengeluarkan single terbaharu berkolaborasi bersama penyanyi Alif (bekas ahli kumpulan Sleeq) dan dijangka dilancarkan sebelum bulan Ramadan tahun ini.

Joe Flizzow

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hisyam Hamid Tak Kejar Datuk

Artikel Lain