suria

Penyanyi Tu Dah Tak Goda Andi Bernadee

Andi Bernadee bukan reka cerita dengan dakwaan digoda penyanyi popular. Foto: @andibernadee

PENYANYI Andi Bernadee berkata dakwaan dia digoda seorang penyanyi popular bukanlah cerita rekaan untuk meraih populariti murahan.

Menurut Andi, 26, dia tidak menipu tentang perkara itu dan hanya ingin menyedarkan penyanyi tersebut bahawa apa yang dilakukan itu salah.

"Tiada guna pun saya nak menipu, memang kejadian itu berlaku dan saya alaminya sendiri. Orang luar tak tahu apa yang terjadi.

"Kalau saya reka cerita, apa yang saya dapat? Tak ada keuntungan pun dan saya sebolehnya tak nak buka aib orang lain.

Andi tidak mahu mengaibkan penyanyi berkenaan.

"Apa yang saya kongsikan hanya untuk menyedarkan penyanyi tersebut dan mahu teman-teman lain berhati-hati," katanya kepada mStar Online.

Menerusi sebuah portal berita, Andi mendedahkan sering diganggu dengan kiriman mesej berbaur lucah daripada seorang penyanyi popular di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Kenyatannya itu mengundang persoalan netizen yang beranggapan penyanyi lagu Tiada Lagi Maaf ini sengaja mencipta kontroversi supaya dikenali.

Andi tak mahu dikenali kerana kontroversi.

Sementara itu, Andi memaklumkan dia mempunyai beberapa bukti kukuh jika penyanyi tersebut menafikan dakwaan tersebut.

"Saya ada menyimpan paparan skrin perbualan dengan penyanyi tersebut dan tak takut jika dia bangkitkan isu ini.

"Semenjak kisah ini tular, dia dah tak ganggu lagi. Sejujurnya, saya tak berniat nak malukan dia dan tak pernah sebut namanya di mana-mana media.

Andi mula dikenali selepas memuat naik rakaman parodi lagu Tak Tun Tuang di laman sosial.

"Saya tak mahu bermusuh dengan mana-mana artis kerana kita dalam industri yang sama dan sebolehnya mahu berbaik dengan semua orang," katanya.

Bakat baharu daripada Sabah ini mula dikenali selepas menyanyikan semula lagu Tak Tun Tuang nyanyian asal Upiak Isil secara parodi.

Sehingga kini, rakaman nyanyian semula itu telah ditonton hampir dua juta di laman Youtube.

Andi Bernadee

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain