Sajat Menangis Kena Marah - Hiburan | mStar

Sajat Menangis Kena Marah

Sajat berasa seperti pengorbanannya tidak dihargai. Foto: SHAARI CHEMAT.

USAHAWAN terkenal, Nur Sajat mengakui terasa hati dengan Datuk Seri Aliff Syukri yang memarahinya di hadapan umum ketika menjalani penggambaran video muzik Abang Nak Tegur di Sepanyol baru-baru ini.

Sajat, 32, berkata dia berasa seperti pengasas kosmetik itu tidak menghargai pengorbanannya meninggalkan kerja hanya untuk menjalani penggambaran video muzik.

"Memang saya terasa hati dengan Datuk Seri Aliff bila dia marah saya di hadapan umum. Mungkin waktu itu kami tertekan dan penat dengan cuaca sejuk lagi.

"Saya menangis sebab rasa macam pengorbanan saya tinggalkan kerja di Malaysia untuk menjalani penggambaraan di Sepanyol tidak dihargai," kata Sajat kepada mStar Online.


Sajat sudah memaafkan Aliff dan memahami keadaan pengasas kosmetik itu yang tertekan beg dicuri pada hari pertama mereka di Sepanyol.

Sajat ditemui ketika sidang media pelancaran lagu Abang Nak Tegur versi 2.0 nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Tambah Sajat, selepas itu Aliff ada memohon maaf dan menafikan isu tersebut sengaja diada-adakan untuk mempromosi lagu duet mereka.

Sajat juga memuji sikap Aliff yang tidak pernah menyimpan perasaan marah dan senang untuk berterus-terang.

"Selepas itu, Aliff ada memohon maaf pada saya dan isterinya juga ada hubungi saya untuk berbincang perkara tersebut. Semuanya dah selesai dengan baik.

"Ia bukan drama yang kami sengaja cipta. Aliff seorang yang berterus-terang, dia tak suka simpan apa yang dia rasa dan itu sangat bagus.

Lagu duet bersama Aliff hanya projek khas bersama. 

"Tak elok kita simpan perasaan marah atau sakit hati. Biar lepaskan terus. Saya pun faham perasaan dia bila begnya dicuri pada hari pertama," ujarnya.

Dalam pada itu, Sajat tidak ada perancangan untuk menjadi penyanyi mahupun pelakon sepenuhnya buat masa kini.

Menurut Sajat, dia masih mengutamakan perniagaan kosmestik yang semakin maju dan akan datang perniagaan jual emas.

"Menjadi penyanyi dan pelakon adalah nombor enam dalam carta kehidupan saya. Buat masa ini memang saya tidak ada lagi perancangan untuk ke arah itu.

"Saya masih utamakan perniagaan yang semakin maju dan tidak lama lagi saya akan buka perniagaan jual emas pula," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bakal Bayi Siti Nurhaliza Dah Ada Lagu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain