suria

Bukan Niat Nak Sindir – Sharifah Sakinah

Aiman dan Sakinah berjaya mewujudkan keserasian sebagai pasangan kekasih biarpun tidak bercinta.

PELAKON Sharifah Sakinah menafikan status yang menyatakan bahawa keserasian antara dia dan pasangannya dalam beberapa drama iaitu Aiman Hakim Redza baru-baru ini berniat untuk menyindir mana-mana pihak.

Sakinah, 28, berkata kapsyen yang dimuat naik itu hanya menjelaskan tentang hubungan baik dan keserasian yang dicapai antara dia dengan aktor itu bukan sekadar dalam drama semata-mata, malah juga di luar set penggambaran.

"Kepada para netizen yang salah faham, saya ingin membuang spekulasi tentang kapsyen saya sebelum ini yang menyatakan bahawa keserasian kami lebih daripada romantik di dalam drama. Malah suami saya juga tenang dengan perkara itu.

"Ia bukan sindiran terhadap mana-mana pasangan di dalam kehidupan sebenar yang bertemu jodoh mereka di lokasi," ujarnya di Instagram.

Foto dan kapsyen Sakinah yang dikatakan menyindir pasangan popular Fattzura.

Sakinah menjelaskan perkara itu di laman sosial Intagramnya pada Rabu selepas foto dengan kapsyen "Tak payah bercinta pun kalau nak chemistry" yang dimuat naik Isnin lalu menerima kecaman netizen.

Foto tersebut menerima lebih 43,000 tanda suka dan 500 komen.

Rata-rata netizen berasa kurang senang dan menganggap pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu menyindir pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga iaitu Fattah dan Fazura.

Kenyataan Sakinah terhadap salah anggap netizen.

Sementara itu, Sakinah turut meminta netizen agar berfikiran positif dan tidak mengaitkan kenyataannya dengan perkara yang negatif.

"Kuat sungguh batu api kami ni ya. Fikir yang baik-baik sahaja," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain