Doakan Isteri Lan - Hiburan | mStar

Doakan Isteri Lan

Kandungan isteri Lan kini mencecah 27 minggu. Foto Instagram: @lansolo_official.

ISTERI kepada penyanyi Lan iaitu Nur Sheila Hassim, dimasukkan ke hospital selepas air ketubannya mengalami kebocoran pada Rabu.

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32, berkata isterinya masih bawah pemerhatian doktor.

Pemenang tempat ketiga pertandingan Gegar Vaganza musim keempat (GV4) ini juga memohon agar peminatnya mendoakan isteri dan bayi didalam kandungan agar selamat.

"Sekarang masih dalam pemerhatian. Air ketuban mengalami kebocoran. Insya-Allah semuanya akan baik.

"Minta doa yang baik-baik saja ya," kata Lan secara ringkas ketika dihubungi mStar Online.

Lan Tolak Bedah Buasir Demi GV4

Lan diminta mengulas foto isterinya terlantar di hospital yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Lan berharap peminatnya mendoakan isteri dan bayi mereka dalam keadaan baik.

Menerusi kapsyen foto tersebut, isterinya yang sedang hamil 27 minggu terpaksa berehat di hospital.

Rata-rata pengikut di laman sosial Lan, mendoakan isteri dan bayi keempat mereka dalam keadaan sihat dan harap semuanya dipermudahkan.

Sebelum ini Lan juga dirawat di hospital iaitu sehari sebelum berlangsungnya GV4 akibat penyakit buasir yang kembali 'menyerangnya'.

Lan sepatutnya menjalani pembedahan bagaimanapun terpaksa menangguhkannya demi komitmen terhadap pertandingan tersebut.

Lan dan Sheila, 32 berkahwin pada 6 Disember 2009 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

Lan Solo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Boleh Lihat Bagaimana Datuk K Marah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain