suria

Fattah, Fazura Nikah Tanpa Kongsi Maklumat Lengkap

Fattah dan Fazura bernikah dengan kawalan ketat.

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai pernikahan antara Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin yang berlangsung pada malam Isnin terjawab apabila pasangan itu disahkan bergelar suami-isteri.

Pihak pengurusan Fazura dalam satu kenyataan memaklumkan, pasangan itu sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.50 malam.

Pernikahan itu berlangsung dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Majlis berkenaan diadakan di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur. 

Bagaimanapun kenyataan ringkas itu tidak menyatakan maklumat lengkap seperti kebiasaan dilakukan artis popular lain sekiranya mereka tidak membenarkan liputan media.

Tingkat 29 hotel ini yang kelihatan dengan nyalaan lampu biru dipercayai lokasi pernikahan Fattah dan Fazura.

Ia membabitkan siapa jurunikah yang menikahkan mereka, jumlah mas kahwin dan bilangan hantaran kedua-dua belah pihak.

Dalam tinjauan mStar ke lokasi pernikahan sejak pukul 6 petang mendapati pengurus kepada Fazura iaitu Iman Thang turut berada di lokasi berkenaan.

Beberapa pengawal peribadi dilihat berlegar-legar di sekitar lobi hotel.

Sekitar 6.30 petang, dua orang lelaki tiba di lobi hotel dipercayai membawa pakaian pengantin masing-masing berwarna putih dan pirus (turquoise) sebelum diiringi oleh pengawal untuk naik ke lif.

Hasil pemerhatian mStar Online lagi, keadaan di perkarangan hotel juga tenang dan hanya pada pukul 8 malam dua individu lengkap berpakaian baju kurung dan baju Melayu berwarna pirus muncul di lobi dipercayai hadir untuk ke majlis itu.

Seorang lelaki yang berpakaian baju Melayu dari warna sama kemudiannya dilihat turun mengambil dua tetamu berkenaan untuk ke tingkat 29.


Hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh ke tingkat berkenaan.

Fattah, 27 dan Fazura, 34, pada Khamis lepas merungkai persoalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah pada 15 November lalu.

Menerusi sidang media yang diadakan sejurus mereka tiba di tanah air, pasangan itu menyangkal dakwaan sudah berkahwin sebaliknya hanya melangsungkan pertunangan pada 13 November lalu.

Malah pasangan itu tidak menafikan akan bernikah dalam masa terdekat yang akan diadakan secara tertutup sementara majlis resepsi pula akan diadakan pada tahun hadapan.

Fazura, Fattah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain