“18 Tahun Dilayan Seperti Tunggul Kayu” - Lan

Lan kecil hati dengan ahli kumpulan Kristal yang melayannya seperti tunggul kayu. Foto Instagram @lansoloofficial.

PENYANYI Lan meluahkan rasa terkilan apabila dia dilayan seperti orang asing sepanjang 18 tahun bersama kumpulan Kristal.

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32, berkata ahli kumpulan tersebut tidak pernah berbincang dengannya mengenai apa jua hal membabitkan kumpulan Kristal.

"Saya mengakui tidak pernah berbincang dengan mereka mengenai penyertaan dalam Gegar Vaganza tapi jangan tak tahu mereka juga tidak pernah memanggil saya jika ingin membuat sesuatu keputusan membabitkan kumpulan.

"Saya tak pernah tahu tentang apa-apa program luar membabitkan ahli kumpulan ini. Sudah menjadi kebiasaan saya tidak diberitahu terlebih dahulu.

"Saya seperti tunggul kayu yang tak perlu tahu tentang kumpulan ini.," katanya kepada mStar Online.

Isu Krisis Dalaman, Lan Minta Diberi Ruang


Lan memberi kenyataan balas selepas selesai persembahan pada minggu kelima Gegar Vaganza.

Lan ditemui selepas sidang media Konsert GV4 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Dalam sidang media berkenaan, Lan turut mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Kristal.

Ditanya sama ada akan kembali menyertai Kristal, Lan berkata setelah apa yang berlaku dia sudah tawar hati.

"Dia mahu saya rehat, jadi biarlah saya rehat. Saya dah tawar hati dengan kumpulan ini. Sejujurnya, saya berat hati untuk melepaskan Kristal, 18 tahun saya bersama mereka.

"Bagaimanapun, saya rasakan ini keputusan terbaik dan percaya pada rezeki," ujarnya.

Foto dan Status yang dimuat naik Rody mendapat perhatian netizen. 

Terdahulu, pemain gitar kumpulan itu, Rody melalui laman Instagramnya memuat naik status mengatakan kumpulan Kristal akan merehatkan vokalis mereka dan akan melakukan uji bakat untuk mencari penyanyi baru.

Malah, Rody juga mendoakan Lan berjaya menjadi penyanyi solo seperti yang diinginkan dan dia bersama rakan lain akan memperjuangkan kumpulan tersebut.

Rody mewakili anggota kumpulannya berkongsi entri tersebut selepas Lan meluahkan hasratnya untuk mengembangkan kerjaya solo, selain enggan tertumpu pada genre rock.

Lan juga didakwa tidak berbincang terlebih dahulu dengan mereka untuk menyertai program tersebut.

Selain Lan dan Rody atau nama sebenarnya Muhamad Rodi Baharudin, kumpulan yang ditubuhkan sejak 1999 itu turut membariskan Mohd Nur Asraf Baharuddin (Asraf) dan Muhammad Afifi Nor Mohammad (Afifi).

Lan, Kristal, Gegar Vaganza

Artikel Sebelum

Shahrol Hanya 3 Bulan Bersama Suria FM

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain