Nabila Kongsi Video Sedih, Kecewa Dengan Aedy? - Hiburan | mStar

Nabila Kongsi Video Sedih, Kecewa Dengan Aedy?

Nabila muat naik video sedih selepas beberapa jam Aedy kongsi gambar dengan wanita lain.

BAHARU sebulan dilaporkan sedang berkawan rapat dengan Aedy Ashraf, penyanyi lagu Pematah Hati Nabila Razali memuat naik video sedih di laman sosial Instagramnya malam Jumaat.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, Nabila meluahkan rasa kecewa apabila dipermainkan oleh seorang lelaki yang dipercayai ditujukan kepada pelakon berkenaan.

"Lelaki ni memang tak pernah cukup kan?, tak kisahlah kita berkorban banyak mana, dia tetap cari lain. Harap korang tak tanya lagi pasal ni. Korang mesti pernah kena macam ni juga kan?," ujarnya.

Nabila padam foto mesra dengan Aedy.

Video luahan rasa itu dimuat naik pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati selepas beberapa jam Aedy berkongsi foto mesra dengan seorang wanita jelita ketika di sebuah majlis hiburan.

Nabila juga dilihat sudah memadam foto-foto mesra dengan pelakon berkenaan serta tidak lagi mengikuti Instagram Aedy Ashraf.

Rata-rata netizen menganggap video berkenaan ditujukan kepada pelakon Dendam Aurora itu, malah foto terbaharu yang dimuat naik oleh Aedy menerima komen peminat yang tidak berpuas hati dengan perkara itu.

Video tersebut mendapat lebih 55,000 tontonan, bagaimanapun Nabila menutup ruangan komen.

Bagaimanapun, kedua-dua selebriti ini tidak pernah menjelaskan status sebanar hubungan mereka.

Nabila Razali , aedy Ashraf

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?