“Hanya Tinggal Seluar Dalam” - Syamel - Hiburan | mStar

“Hanya Tinggal Seluar Dalam” - Syamel

Dua buah lagu ciptaan Syamel iaitu Aku Cinta dan Lebih Sempurna mara ke Anugerah Juara Lagu ke-32 pada Februari tahun hadapan. Foto SHAARI CHE MAT

KEHADIRAN penyanyi Syamel mewakili Malaysia pada festival muzik ABU TV song Festival 2017 yang diadakan di Chengdu, China pada 1 November lalu rupa-rupanya meninggalkan banyak memori pahit dan manis buat dirinya.

Dedah bekas juara program Akademi Fantasia 2015 ini, ketika berada di negara itu Syamel terkejut apabila seorang wanita yang bekerja dengan produksi festival itu menawarkan diri untuk mengikutnya pulang ke hotel penginapannya.

Kata Syamel lagi, pada awalnya dia menyangka wanita itu bergurau namun merasakan ada sesuatu tidak kena apabila beberapa kali wanita itu mengulangi hajat untuk mengikutnya pulang.

"Terkejut juga apabila digoda oleh krew produksi dan dia berani memberitahu mahu mengikut saya balik ke hotel.

"Ingatkan dia bergurau tetapi apabila tengok seperti lain sahaja saya pun jadi takut," katanya.

Syamel baru sahaja pulang dari mengadakan persembahan di Chengdu, China.

Syamel ditemui pada pertandingan Semi Final Muzik-Muzik 32 (SFMM32) yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada malam Ahad.

Dua buah lagu ciptaan Syamel iaitu Aku Cinta duet bersama Erni Zakri dan Lebih Sempurna layak ke Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang bakal berlangsung pada Februari tahun hadapan.

Bagaimanapun kata Syamel, dia menolak secara baik permintaan wanita itu kerana sedar pemergiannya ke China bukan untuk menimbulkan masalah selain tidak tahu niat sebenar wanita itu.

"Sudah tentu saya tolak secara baik permintaannya itu dan saya ke China bukannya hendak buat perkara bukan-bukan," jelasnya.

Dalam pada itu, cerita Syamel lagi, kisah malangnya bermula ketika dia dalam perjalanan ke China apabila bagasinya 'hilang' sehingga menyebabkan dia tidak mempunyai pakaian bersih untuk dipakai selama tiga hari.

"Bayangkanlah beg hilang! Apa yang saya hendak pakai? Mujur juga saya bawa beg galas yang saya simpan barangan penting selain tiga helai seluar dalam.

Syamel intai peluang di luar negara.

"Paling penting bahagian 'dalam' dapat ditukar tetapi memang masalah juga kerana semua baju penting dalam bagasi.

"Walaupun pelbagai pengalaman pahit berlaku tetapi saya anggap ia sebagai cabaran dan memori untuk saya kenang di kemudian hari," katanya.

Bercakap mengenai festival itu, Syamel berkata, ia adalah pengalaman berharga buat dirinya selain melihat banyak peluang dan potensi untuk penyanyi dari Malaysia melebarkan sayap ke luar negara.

"Apa yang saya lihat banyak perkara sebenarnya kita boleh buat di luar meskipun berlainan bahasa dan budaya tetapi masyarakat di China sangat menghargai sesebuah karya.

"Penyertaan saya itu sebenarnya membuka mata bahawa kita ada peluang untuk memperkenalkan muzik tempatan di luar negara," katanya.

Semua peserta yang bakal berentap di AJL32.

Selain Malaysia, festival bukan berbentuk pertandingan itu turut menyaksikan persembahan peserta daripada Afghanistan, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Macau, Maldives, Vietnam, Zambia, Kazakhstan dan Turkmenistan.

Beralih kepada dua lagunya berjaya mara ke AJL32, Syamel berkata, dia menganggap perkara itu sebagai hikmah selepas kontroversi melandanya dirinya pada pertandingan itu tahun lalu.

Jelas Syamel, walaupun ada perasaan fobia namun keputusan dibuat pihak juri memberi kelegaan pada dirinya selain teruja memandangkan dia masih baharu sebagai komposer.

"Jujur saya fobia dengan apa jadi dahulu tetapi saya sudah lupakan perkara itu kerana menganggap ia bukan rezeki.

"Dua lagu terpilih pada tahun ini saya anggap ia hikmah daripada apa yang berlaku dahulu dan sebagai seorang penyanyi dan komposer ia pencapaian besar," katanya.

Tahun lalu, lagu nyanyian Syamel iaitu Hidup Dalam Mati tidak bertanding selepas diumumkan menarik diri atas sebab-sebab tertentu.

Syamel , AJL32

Artikel Sebelum

Marah Baby Shima, Mas Idayu Dicemuh Netizen

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Hidup Berubah Sejak Jadi Penyanyi

Waktu Malam Pun Nak Berkacamata Hitam?

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain