suria

Siapa Lelaki Bertopeng Hitam Di ASK2017?

Siapakah lelaki disebalik topeng hitam yang tular di laman sosial ini? Foto Ihsan AQO IMRAN

PENGANJURAN Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) bukan sahaja mengiktiraf karya pengiat seni tanah air, malah ada yang menjadikannya sebagai tempat memperagakan busana indah dan fesyen unik untuk tatapan peminat.

Antara yang mencuri perhatian lensa kamera pada malam itu ialah gaya seorang lelaki dengan imej bertopeng hitam yang berjalan di karpet merah.

Imej topeng hitam tersebut telah digayakan oleh pelakon baharu iaitu Adam Shadan yang mula dikenali menerusi drama Titian Cinta.

Menurut Adam atau nama sebenar Mohamad Shahaadan Che Seman, dia memilih fesyen itu kerana mahu mencari kelainan dan berasakan gaya tersebut bersesuaian dengan tema 'glamor'.

Gaya Adam bertopeng di karpet merah ASK2017 mencuri tumpuan netizen ketika hadir bersama pelakon Feiyna Tajudin.

"Sebenarnya, saya pakai topeng hitam untuk mencari kelainan dalam berfesyen. Iyalah, saya ni artis baru jadi kena cari sesuatu yang lain daripada orang lain.

"Lagipun, saya baru selesai penggambaran drama dan muka saya ada sedikit sunburn (kesan kulit terbakar), jadi pakai topeng saja lah senang," katanya kepada mStar Online.

Pada malam tersebut, Adam memakai pakaian yang ditaja oleh pereka fesyen Taufik Idros Creation.

Sementara itu, pelakon berusia 26 tahun ini mengakui ada menerima komen negatif daripada penonton di laman sosial yang mempertikaikan penampilannya malam itu.

Bakat Adam mula dicungkil menerusi program DFKL2017. Foto Ihsan ADIB_SC

Bagaimanapun, dia tidak mahu ambil pusing dengan komen netizen dan menerima dengan hati terbuka.

"Biarlah orang nak kata apa pun. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang" katanya.

Bercakap mengenai kerjaya seni, Adam bakal muncul dalam telefilem Bilo Nogori Jupo Kelate untuk slot Iris TV3 dan Sekolah Hati yang bakal bersiaran di Astro tidak lama lagi.

Adam Shadan, ASK2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain