“Takkan Nak Nyanyi Biasa Saja” - Wany Hasrita - Hiburan | mStar

“Takkan Nak Nyanyi Biasa Saja” - Wany Hasrita

Wany mahu mencabar dirinya untuk membuat persembahan di pentas yang lebih besar.

PENYANYI Wany Hasrita menganggap harapan peminat untuk melihat dia bertanding di pentas yang lebih besar adalah satu cabaran besar buat dirinya.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 24, berkata dia tidak mahu hanya menyanyi di pentas yang biasa sahaja.

"Ada perasaan takut tapi lebih 90 peratus kepada cabaran untuk saya. Lagipun saya memang perlu cabar diri. Takkan saya nak nyanyi dekat pentas-pentas karnival dan show biasa sahaja.

"Jadi, saya perlu masuk bertanding di pentas yang lebih besar," kata Wany kepada mStar Online.


Wany anggap harapan peminat untuk melihat dia di pentas akhir AJL 32 satu cabaran.

Wany mempertaruhkan dua buah lagu iaitu Di Sana Cinta Di sini Rindu bersama Tajul dan Menahan Rindu di separuh akhir Muzik-Muzik 32.

Dalam pada itu, Wany tampil dengan lagu terbaru, Rintihan Rindu yang menggunakan tajuk seaka-akan sama dengan lagu pertamanya, Menahan Rindu.

Biarpun jalan cerita dan susunan muzik yang sama, namun lagu tersebut mempunyai kelainan dari segi vokal.

"Mulanya saya rasa takut juga kalau ada yang keliru dengan tajuk dua lagu tersebut yang menggunakan perkataan yang sama iaitu rindu.

"Walaupun jalan cerita dua lagu tersebut sama juga tapi lagu yang terbaru ini lebih kepada dah pasrah dengan apa akan terjadi.

"Kelainan pada lagu itu juga ada satu bahagian yang memerlukan vokal yang tinggi," katanya.

Wany Hasrita

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Fazura Menangis Ketika Pelancaran Album

Artikel Berkaitan

Hidup Berubah Sejak Jadi Penyanyi

Mawar Rashid Akhirnya Bertemu Pemain MU

Artikel Lain