Misai Zul Ariffin Buat Aaisyah Enggan Dicium - Hiburan | mStar

Misai Zul Ariffin Buat Aaisyah Enggan Dicium

Aaisyah tidak mahu memandangan Zul Ariffin yang duduk disebelahnya. Foto Instagram: @aaisyahdhiarana111.

GELAGAT comel anak kepada selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana sentiasa memikat hati pengikutnya.

Terbaharu video Aaisyah menolak untuk berlakon di samping Zul Ariffin kerana takut dicium pelakon tersebut yang mempunyai misai.

"Ala nak pergi school (sekolah). Tak nak berlakon dengan Zul Ariffin. Takut. Dia kiss (cium) Aaisyah, ada misai," kata Aaisyah.

Video yang dikongsikan di laman Instagramnya telah mendapat lebih 645,000 tontonan dan sebanyak 1,594 komen.

Tidak habis di situ, dia dikejutkan dengan kehadiran pelakon drama Titian Cinta itu pada malam sambutan hari lahirnya yang diadakan pada Isnin lalu.

Menerusi video yang dimuat naik, Aaisyah kelihatan malu dan kaku apabila Zul ingin berborak dengannya.

Rata-rata yang meninggalkan komen di video tersebut terhibur dengan gelagat Aaisyah yang kini berusia tiga tahun.

"Aisyah terkesima. Belakang-belakang berani ya. Sekali uncle Zul duduk depan mata terus terkedu," kata pengikut bernama Zahrafly.

"Jumpa hero idaman Ecah tak boleh nak 'kluaq sora' (keluar suara). Hihihi comel lah Ecah," tulis Noornoh.

Akaun Instagram milik Aaisyah kini mempunyai lebih 769,000 pengikut yang boleh melihat aktiviti harian si kecil itu.

Artikel Sebelum

Sissy Iman Harap ‘Jatuh’

Artikel Berikut

Azmil Mustapha Beransur Pulih

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain