Lufya Teruja Bakal Timang Anak Perempuan - Hiburan | mStar

Lufya Teruja Bakal Timang Anak Perempuan

Lufya dan suaminya Che Muhammad Hafiz semakin berdebar tunggu kelahiran anak sulung mereka. Foto RICKY LAI

PETALING JAYA: Penyanyi Lufya yang kini hamil lapan bulan memberitahu bakal menimang cahaya mata perempuan pada awal November depan.

Lufya, 32, berkata, dia dan suaminya iaitu Che Muhammad Hafiz juga sudah mempunyai nama untuk diberikan kepada bayi berkenaan.

"Insya-Allah bayi perempuan dan dijangka lahir pada awal November depan. Sekarang saya dan bayi dalam kandungan sihat.

"Suamilah yang paling teruja kerana dia memang inginkan bayi perempuan. Kami juga sudah memilih nama untuk bayi itu dan akan diumum selepas dia lahir," ujarnya kepada mStar Online.

Pasangan ini bakal menimang cahaya mata perempuan November depan.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar pada majlis baby shower yang diadakan di kediamannya, dekat sini, pada Sabtu.

Majlis berkenaan turut dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan selebriti seperti Yatt Hamzah, Irma Hasmie dan Adam Corrie.

Lufya dan Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 27, berkahwin pada 26 November 2016.

Bekas peserta Akademi Fantasia 6, ini mengakui, semakin berdebar menanti saat-saat yang paling bermakna dalam hidupnya itu.

Majlis 'baby shower' itu turut dihadiri oleh keluarga pasangan itu.

"Sudah tentu perasaan berdebar dan takut makin kuat, sebab itu saya buat majlis ini semoga ada aura-aura positif yang datang dan menceriakan saya.

"Semua persiapan sudah siap dilakukan, cuma tinggal belum kemas untuk barang kecemasan nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang perancangan membuka akaun media sosial untuk bayi berkenaan seperti yang dilakukan artis lain, Lufya berkata, dia belum terfikir untuk perkara itu.

Katanya, dia mahu bayi berkenaan membesar dalam keadaan yang sihat dan tidak terlalu didedahkan dengan perkara negatif pengaruh media sosial.

Che Muhammad memberi ucapan kepada hadirin.

"Saya belum rasa ada keperluan untuk buka akaun media sosial untuk bayi saya.

"Apa yang saya ingin kongsi boleh dimuat naik di akaun media sosial saya sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang kejadian jatuh pentas minggu lalu, Lufya berkata, dia kini sudah berehat sepenuhnya daripada aktiviti seni.

Katanya, perkara buruk yang berlaku itu di luar jangkaan dan dia turut bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Lufya , baby shower

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain