suria

Zahiril Adzim Kekok Dengan Isteri

Zahiril Adzim mengakui bukan seorang lelaki romantik. Foto ROHAIZAT DARUS

PELAKON Zahiril Adzim mendedahkan dia berasa kekok apabila perlu bersikap romantis terhadap isterinya, Shera Aiyob ketika mereka menjayakan sebuah drama bersiri, Perempuan Paling Bahagia.

Zahiril, 33, mengakui dia bukan seorang lelaki romantik dan melakonkan babak-babak itu dengan Shera membuatkan dia berasa kurang selesa.

"Jujurnya ia pengalaman sukar apabila perlu berlakon dengan Shera kerana status kami sebagai suami-isteri. Apabila pandang wajahnya pun saya rasa hendak ketawa apatah lagi bila ada babak romantik.

"Sebelum dah selepas berkahwin pun bukanlah kami romantik sangat jadi rasa macam 'poyo' pula," katanya.

Dalam pada itu, Zahiril berkata, dia menerima tawaran berlakon bersama Shera kerana mereka kali terakhir bekerjasama menerusi drama Juvana beberapa tahun lalu.

Kata Zahiril, meskipun berasa kekok namun gandingan itu sebenarnya memberi banyak kelebihan terutamanya isu bersentuhan di antara lelaki dan wanita memandangkan mereka mempunyai ikatan suami-isteri.

Shera dan Zahiril bergandingan dalam drama Perempuan Paling Bahagia.

"Di sebalik rasa kekok tetapi lama kelamaan ia jadi mudah terutamanya apabila melibatkan adegan memerlukan kami bersentuhan.

"Kebetulan pihak Astro Oasis memang mencari pasangan pelakon suami-isteri jadi ia memudahkan.

"Kadang-kadang kami berbincang mengenai watak sampai ke rumah tetap nasib baik tidak terbawa-bawa," ujarnya.

Drama 26 episod itu sedang ditayangkan di Astro Oasis setiap hari Isnin hingga Rabu, 9 malam.

Bercakap lanjut mengenai drama itu, Zahiril berkata, ia sebuah kisah yang menarik kerana mengangkat isu tentang ibu susuan.

Katanya, menerusi projek itu ia bukan sahaja menghiburkan malah dapat memberi informasi kepada penonton.

"Saya juga sebenarnya dapat pelbagai ilmu tentang ibu susuan menerusi drama ini," katanya.

Zahiril Adzim, Shera Aiyob

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain