suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kiera Tarik Diri Sertai ‘Clever Girl Malaysia’

Kiera membuat kejutan apabila tiba-tiba menarik diri dalam 'Clever Girl Malaysia'.

PETALING JAYA: Peserta Clever Girl Malaysia yang mewakili Pulau Pinang iaitu Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera) menarik diri daripada menyertai rancangan itu.

Penarikan diri graduan Sains Kejuruteraan dari Universiti Oxford itu berkuatkuasa pada Khamis atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Graduan Oxford, Pelakon Antara Peserta 'Clever Girl'

“Pihak TV3 menghormati keputusan beliau dan bermula pada minggu ketujuh, Kiera tidak akan lagi bersaing dalam program ini yang hanya tinggal enam peserta sahaja.

“Selepas perbincangan antara pihak stesen TV3, produksi dan Kiera, keputusan tersebut akan berkuatkuasa pada 21 September 2017,” kata TV3 dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ketiadaan Kiera menjadikan enam peserta yang akan bersaing dalam pertandingan uji minda itu.

Program Clever Girl Malaysia terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd (PWS) untuk TV3 bersiaran secara langsung pada hari Jumaat, pukul 9 malam hingga 10 malam.

Kiera, Clever Girl

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain