“Berlakon Minat, Menyanyi Jiwa” - Kaka Azraff - Hiburan | mStar

“Berlakon Minat, Menyanyi Jiwa” - Kaka Azraff

Kaka Azraff meletakkan karier nyanyian sebagai keutamaan berbanding lakonan.

SEMENJAK akhir-akhir ini penyanyi lagu Bukan Hal Aku, Kaka Azraff dilihat lebih banyak berlakon berbanding nyanyian.

Kaka bagaimanapun memberitahu dia tidak mempunyai perancangan untuk serius dalam lakonan kerana fokus utamanya adalah kepada bidang nyanyian.

"Pada saya berlakon itu minat, menyanyi pula jiwa jadi nyanyian tetap keutamaan saya.

"Saya berlakon pun kerana ingin mencuba sesuatu yang lain dalam karier saya. Ia pengalaman menyeronokkan dan mengubah hidup saya.

"Lakonan mengajar saya mencari sisi lain dalam diri dan ia bukan suatu perkara yang mudah untuk dilakukan," katanya.

Dalam pada itu, Kaka berkata, dia ada menerima banyak tawaran berlakon namun terpaksa bersikap memilih kerana dia tidak mahu ia membayangi karier nyanyiannya.

"Saya sudah berlakon dalam beberapa buah drama dan terlibat dalam tiga filem iaitu Aliff Dalam 7 Dimensi, Cinta Paradoks dan Interchange.

"Menerusi tiga filem itu saya hanya pegang watak kecil sahaja manakala drama Kesempatan Kedua yang ditayangkan beberapa bulan lalu paling berat.

"Saya pegang watak utama disamping Izzue Islam dan ia mencabar kerana saya perlu banyak menangis tetapi ia cabaran dan mengajar saya untuk jadi pelakon lebih baik," katanya.

Sementara itu, Kaka berkata, dia kini sedang sibuk menyiapkan album pertamanya yang dijangka berada di pasaran tidak lama lagi.

Kaka Azraff

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain