suria

Maya Karin, Thanuja Sahut Cabaran Anak Malaysia

Maya Karin dan Thanuja teruja dapat menyertai #Anak-Anak Malaysia Walk di Shah Alam pada Ahad.

SHAH ALAM: Kemeriahan program Kemeriahan acara #AnakAnakMalaysia Walk (AAMW) meriah apabila ia turut diserikan dengan kehadiran dua selebriti popular, Maya Karin dan Thanuja.

Mereka merupakan antara ribuan peserta mengambil bahagian dalam AAMW yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini pada pagi Ahad.

Maya, 37, ketika ditemui berkata, penyertaannya kali ini memberi peluang kepadanya untuk melihat sendiri pelbagai bangsa bersatu dan menyatakan rasa cinta terhadap negara.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli mengambil bahagian bagi kategori 2.1 kilometer bersama Azmin.

"Saya bersetuju bila dijemput menyertai acara ini dan seronok melihat pelbagai bangsa turut sama menunjukkan kesetiaan dan sokongan kepada negara.

"Sejujurnya, program sebegini banyak manfaat dan seluruh rakyat Malaysia harus mengambil peluang menyertainya," katanya kepada mStar Online.

Bagi Thanuja pula, dia tidak mahu melepaskan peluang mengikuti acara ini dan menjadikan program ini sebagai aktiviti tahunan bersempena bulan kemerdekaan.

Amber Chia mengambil peluang bergambar dengan peminat.

"Saya tak pernah melepaskan peluang menyertai acara ini setiap tahun kerana bagi saya bulan Ogos merupakan bulan istimewa buat kita semua.

"Sebagai anak Malaysia, saya bangga melihat ramai yang hadir malah saya akan sertai lagi program sebegini jika dianjurkan pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli merasmikan program tersebut.

Thanuja, Douglas Lim dan Low Ngai Yuen turut menyertai larian tersebut.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadirian beberapa selebriti tanah air seperti pereka kasut terkenal, Datuk Jimmy Choo, legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Santokh Singh, penyampai radio Suria FM, DJ Lin serta model, Amber Chia.

Sultan Sharafuddin turut bersama mengambil bahagian bagi kategori 2.1 kilometer bersama Azmin dan tetamu kehormat lain termasuk Pengerusi Pembangunan Kumpulan Eco World, Tan Sri Liew Kee Sin.

Lebih 5,000 hadir pada acara yang berlangsung pada pukul 7.30 pagi itu terbuka untuk dua kategori iaitu sejauh 2.1 kilometer (KM) dan 5KM.

Artikel Sebelum

Wangian Harris Alif

Artikel Berikut

Artikel Lain