suria

Dugaan Hafiz Hamidun Selepas 3 Bulan Kahwin

Gambar semasa majlis pertunangan Hafiz dan Joy Revfa yang dirakamkan pada 23 Mac 2017. Turut kelihatan anak Joy yang berusia tiga tahun hasil perkahwinan pertamanya.

PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Hamidun meminta semua pihak memberi masa untuknya bagi menjelaskan mengenai situasi sebenar perkahwinan yang baru tiga bulan dibina dengan pengusaha kosmetik, Joy Revfa.

Hafiz, 33, turut meminta rakan-rakan media agar bersabar buat sementara waktu kerana satu kenyataan rasmi mengenai perkara itu akan dibuat.

“Saya minta semua pihak bersabar kerana satu kenyataan rasmi akan saya buat mengenai hal ini,” ujar Hafiz kepada mStar Online ketika dihubungi awal pagi Khamis.


Hafiz Hamidun Tidak Sedar Foto Seksi Isteri

Hafiz bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci mengenai spekulasi keruntuhan rumah tangganya sehinggalah pihak media dipanggil dalam satu pertemuan yang sedang diatur.

Sejak malam Rabu, beberapa media dalam talian melaporkan mengenai kedudukan rumah tangga Hafiz apabila pasangannya, Joy Revfa atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 30, memberi bayangan mengenai masalah rumah tangga mereka menerusi kapsyen yang ditulis di laman Instagram miliknya.

Kedua-dua pasangan berkenaan juga dikatakan tidak lagi berkongsi gambar-gambar mereka di laman sosial masing-masing.

Saa-saat indah ketika Hafiz dan Jor Revfa disatukan pada 1 Mei 2017.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam dekat sini pada 1 Mei lalu dengan sekali lafaz.

Mereka bertunang dua bulan sebelum itu, pada 23 Mac 2017.

Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

Hafiz Hamidun, Joy Revfa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain