suria

Dah Biasa Tak Cukup Tidur

Sam lebih menghargai jasa seorang ibu selepas dia bergelar bapa.

TANYALAH mana-mana pasangan yang baharu sahaja mendapat cahaya mata pastinya mereka akan memberitahu tidak cukup tidur kerana terpaksa berjaga malam untuk memantau bayi mereka.

Bagi Shaheizy Sam, kekurangan tidur bukan satu masalah memandangkan dia sudah biasa dengan keadaan itu ekoran kerjanya sebagai pelakon sering berlanjutan sehingga lewat malam.

"Bab tak cukup tidur saya memang sudah terbiasa kerana sudah terbiasa dengan keadaan itu.

Sam menyambut kelahiran anak pertamanya pada 9 Mei lalu.

"Tetapi Alhamdulillah anak saya tidak meragam cuma kalau dia merengek... itu kerana dia hendak menyusu atau tidak selesa.

"Setakat ini semuanya dalam keadaan baik malah banyak pengalaman saya timba sejak bergelar bapa," katanya kepada mStar Online.

Shaheizy atau Sam, 35, dan isteri, aktres Syatilla Melvin mendapat cahaya mata lelaki pada 9 Mei lalu.

Dalam pada itu, Sam berkata, perubahan paling ketara sejak dia mendapat cahaya mata apabila dia kini lebih menghargai kasih seorang ibu.

Kata Sam, pengalaman melihat isteri melahirkan zuriat menginsafkan dirinya dan membuatkan dia terkenang pengorbanan ibu dalam membesarkannya.

"Perubahan paling besar adalah saya lebih menghargai seorang ibu kerana pengorbanan mereka sangat besar dan tidak ternilai.

"Pengalaman pertama kali melihat isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat kami menginsafkan saya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Sam berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah filem televisyen bawah arahan Ghaz Abu Bakar.

Selain itu, dia juga sedang giat membuat persediaan bagi penggambaran filem Polis Evo 2 yang dijangka selepas sambutan hari raya kelak.

Shaheizy Sam, Syatilla Melvin

Artikel Sebelum

Usop Gelabah!

Artikel Lain