suria

"Benar, Saya Sayang Ruhainies" - Azrel Ismail

Azrel Ismail.

PETALING JAYA: Pelakon Azrel Ismail mengakui pernah meluahkan perasaan sayang kepada aktres Ruhainies.

Menurut, Azrel, 33, ucapan istimewa itu hanyalah sebagai tanda persahabatan mereka yang telah lama terjalin.

"Sejujurnya saya memang menyayangi Ruhainies tapi kalau orang kata sayang kerana kami bercinta, itu salah sama sekali.

"Ungkapan tersebut hanyalah sebagai tanda sayang saya kepada seorang sahabat, sama seperti saya menyayangi teman-teman yang lain.

"Bagaimanapun, tentang soal jodoh dengan Ruhainies, saya tak fikir lagi sampai ke tahap itu. Kalau sudah tertulis ada jodoh antara kami, adalah," katanya kepada mStar Online.


Ruhainies

Pelakon drama Syurga Nur itu diminta mengulas mengenai kenyataan Ruhainies dalam sebuah portal hiburan pada Ahad.

Menerusi, kenyataan itu, Ruhainies mendedahkan, Azrel pernah meluahkan rasa sayang kepada aktres berkenaan.

Sementara itu, Azrel mengakui, kekerapan mereka muncul di majlis-majlis hiburan bersama membuatkan peminat menganggap mereka mempunyai hubungan istimewa.

"Bila selalu muncul berdua orang ingat kami bercinta walaupun sebenarnya kami hanya berkawan rapat.

"Kalau orang luar fikir begitu, terpulanglah, apa yang boleh saya kata hubungan kami sekadar teman rapat dan tak lebih daripada itu. Saya pun belum terfikir lagi soal kahwin dan mahu fokus dengan kerjaya terlebih dulu," ujarnya.

Dalam masa yang sama, Azrel turut menyifatkan Ruhainies seorang gadis yang lemah lembut, baik, dan menyenangkan.

"Sesekali ada juga saya hantar mesej bertanya khabar, tapi bagi saya itu perkara biasa sebagai seorang teman," ujar pelakon drama Cucu Tauke Beras yang sedang bersiaran di TV3.

Azrel Ismail

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain