suria

Perkukuh Hubungan Malaysia-Thai Menerusi Filem

Damrong Kraikruan (dua dari kanan) pada sidang media Festival Filem Thai 2017.

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya Festival Filem Thai dianjurkan di negara ini bagi tujuan mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

Menurut Duta Thailand ke Malaysia, Damrong Kraikruan, filem dilipih sebagai medium untuk menerapkan kefahaman budaya yang lebih baik di antara rakyat kedua-dua negara.

"Hubungan yang baik antara dua negara ini harus dipertahankan dan kami yakin pemahaman mengenai budaya sesebuah negara dapat disampaikan menerusi karya seni seperti filem," katanya pada sidang media Festival Filem Thai di Malaysia 2017 di GSC Mid Valley pada Selasa.

Lima filem yang akan ditayangkan secara percuma kepada pengunjung.

Festival ini akan berlangsung bermula 20 hingga 26 April.

Ia merupakan sebahagian daripada acara sambutan ulang tahun ke-60 jalinan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Thailand.

Sepanjang festival ini, orang ramai berpeluang menonton secara percuma lima filem terbaik daripada negara itu di tiga pawagam utama di ibu negara iaitu di GSC Pavilion Kuala Lumpur, GSC Mid Valley dan GSC One Utama.

Lima filem pelbagai genre itu ialah A Gift, One Day, Take Me Home, Mr Hurt dan The Crown.

Bagi menebus dua tiket percuma bagi setiap filem, anda hanya perlu menunjukkan mana-mana gambar atau artikel berkaitan Festival Filem Thai yang disiarkan secara dalam talian, laman web GSC atau laman Facebook rasmi festival ini.

Festival Filem Thai 2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain