suria

"Hotel Disita Itu Bukan Milik Saya" - Mila Jirin

Mila Jirin.

PETALING JAYA: Penyanyi Mila Jirin menafikan tuduhan hotel miliknya disita, malah menjelaskan dia belum mempunyai perniagaan perhotelan di Kuala Lumpur.

Mila, 30, berkata hotel berkenaan merupakan milik individu lain yang turut beroperasi di kawasan yang sama dengan perniagaan restorannya terletak di Puchong dekat sini.

"Itu bukan hotel saya, ia kepunyaan seorang ahli perniagaan yang beroperasi di kawasan sama dengan restoran saya.

"Ia mungkin menggunakan nama yang hampir sama dengan perniagaan saya iaitu 'Bizz' kerana kawasan perniagaan tersebut juga bernama Bizz Hub," ujarnya Mila yang kini berada di China atas urusan perniagaan.

Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin diminta mengulas tentang foto-foto sebuah hotel yang telah disita tersebar di internet yang dikatakan miliknya.

Gambar sebuah hotel yang dikatakan milik Mila terletak di kawasan yang sama dengan perniagaan restorannya.

Tambah Mila yang juga Juara program Akademi Fantasia musim kelima (AF5), buat masa ini dia hanya menjalankan empat perniagaan iaitu restoran, trading, katering dan kosmetik.

"Buat masa ini bisnes saya ialah Restoran Embun Urai Thai Seefood, Bizmila Trading yang memasarkan baju kurung, Bizmilla NZ Beauty dan Bizmilla Catering yang merupakan perniagaan utama kami dalam hal menguruskan perkahwinan.

"Alhamdulillah sudah empat tahun beroperasi dan kini memiliki lima buah dewan sendiri bawah nama Bizmilla Catering," ujarnya.

Bagaimanapun, Mila berkata, dia dalam usaha menceburi bidang pelaburan hartanah dan berhasrat mempunyai rangkaian hotel sendiri.

"Saya dan suami sedang merancang untuk bekerjasama dan melabur dalam perniagaan hartanah dan ada rancangan untuk mempunyai perniagaan perhotelan suatu hari nanti.

"Ia juga lebih memudahkan urusan lokasi bisnes Bizmilla Catering yang kini banyak beroperasi di Hotel One City dan Metro Mall Cheras," ujarnya.

Mila Jirin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain