suria

Persamaan Dengan Rossa, Shiha Tidak Mahu Digelar Perasan

Shiha buntu sering disamakan dengan penyanyi Indonesia Rossa.

PETALING JAYA: Penyanyi Shiha Zikir mengakui sehingga kini dia sering berada dalam situasi buntu setiap kali ada pihak cuba mengaitkan persamaan antara dirinya dengan penyanyi Indonesia, Rossa.

Shiha, 30, berkata, sekalipun jauh di sudut hati berbangga dikaitkan dengan penyanyi popular itu, namun pada waktu yang sama dia tidak mahu jawapan yang diberi disalahertikan sebagai perasan.

"Dari dulu lagi ramai yang kaitkan persamaan paras rupa antara kami di mana pada awalnya saya sifatkan ianya satu penghormatan besar kerana Rossa merupakan artis yang sangat saya kagumi.

"Namun kalau setiap kali ditegur perkara yang sama, akhirnya saya jadi serba salah nak menjawab sehingga buntu bagaimana untuk memberi respon kepada persoalan tersebut," katanya ketika ditemui mStar Online baru-baru ini.

Rossa

Dalam pada itu kata Shiha, persamaan karekter yang dilihat itu hanya bersifat kebetulan dan bukan sengaja ditiru.

"Entahlah, ada yang kata cara saya ketawa pun dah macam Rossa sedangkan memang dah gaya ketawanya begitu, nak buat macam mana?" ujarnya.

Sementara itu, kata Shiha, pengalaman diberi kesempatan menyanyi bersama-sama idolanya ketika di pentas realiti program D'Academy Asia tahun lalu merupakan satu kenangan manis untuknya.

"Sebelum ini persamaan itu hanya disebut-sebut tetapi setelah kami ditemukan di atas satu pentas, antara kami sedikit tergamam dan ianya satu perkara yang melucukan", katanya.

Sementara itu, Shiha yang juga protege kepada Allayarham biduanita Datuk Sharifah Aini menerusi program realiti mentor musim 5 itu berkata, dia pernah berhasrat untuk menghasilkan sebuah lagu tribute khas buat mentornya itu, namun kerana masalah tertentu, perancangan itu tidak dapat dilaksanakan.

Dalam perkembangan lain, dia yang kini mengeluarkan jenama kanta lekap sendiri 'Shiha Lens' kini hadir dengan single terbaru berjudul Jangan Bilang Siapa-Siapa bersama kumpulan Demeises selain baru sahaja melancarkan klip video rasmi lagu Seperti Novel Cinta pertengahan Februari lalu di laman Youtube.

Rossa, Shiha Zikir

Artikel Lain