Peminat Alvin Chong Berkecil Hati

Alvin semakin mendapat tempat di pasaran Melayu.

PETALING JAYA: Pelakon baharu Alvin Chong memberitahu peminat-peminat berbangsa Cina mula berkecil hati terhadap dirinya kerana dia dilihat lebih memberi tumpuan terhadap pasaran Melayu.

Alvin, 26, yang dikenali menerusi drama Suri Hati Mr Pilot ini berkata, dia masih aktif dalam pasaran orang Cina, namun mengakui sedang melebarkan sayap ke pasaran yang lebih besar di negara ini.

"Ramai peminat yang hantar tweet dan komen di Instagram mengatakan mereka berkecil hati terhadap saya kerana kurang aktif di drama-drama atau filem berbahasa Mandarin buat masa ini.

Alvin Chong.
"Mereka kecewa kerana saya terlalu memberi tumpuan kepada drama-drama Melayu, tapi sebenarnya tidak juga kerana saya masih terima tawaran untuk pasaran Cina," ujarnya kepada mStar Online.

Alvin memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi sejak 2012 dan mempunyai 10 buah lagu dalam bahasa Mandarin, manakala sebuah filem berjudul 3 Brothers.

Bagaimanapun, Alvin berkata, dia berusaha untuk menjaga hati kedua-dua belah peminatnya agar tidak ada yang berkecil hati.

"Bila saya tweet dalam bahasa Mandarin, ada peminat Melayu yang minta saya berbahasa Inggeris kerana tidak faham, jadi saya perlu jelaskan pula pada mereka ada peminat yang tidak tahu berbahasa Melayu dan Inggeris.

"Ada juga peminat yang marah-marah saya dan anggap saya lupa daratan kerana melebihkan peminat Melayu.

"Namun saya malas melayan komen negatif kerana kalau mereka benar-benar peminat saya, mereka akan sentiasa menyokong apa yang saya lakukan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Alvin bakal keluar dengan drama terbaharunya berjudul 3 Gadis Manis bersama Ayda Jebat, Mira Filzah dan Cristina Suzanne.

Dia berkata, kewujudannya dalam industri hiburan di pasaran Melayu semakin mendapat perhatian oleh pengarah-pengarah drama tempatan.
Alvin Chong, 3 Gadis Manis

Artikel Berikut

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain