Ummi Nazeera Nikah Doktor Selepas Aidilfitri - Hiburan | mStar

Ummi Nazeera Nikah Doktor Selepas Aidilfitri

Ummi Nazeera akan bergelar isteri seorang doktor Aidilfitri depan. Foto NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Pelakon Ummi Nazeera bakal melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr. I selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Jun depan.

Bagaimanapun kata aktres berusia 27 tahun itu, dia belum bersedia untuk mengumumkan tarikh sebenar pernikahannya dan akan berbuat demikian apabila difikirkan sesuai.

"Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan melangsungkan perkahwinan dengan Mr. I selepas Hari Raya nanti.

"Cuma tarikh sebenarnya biarlah saya rahsiakan terlebih dahulu dan akan umumkan apabila tiba masa sesuai," katanya kepada mStar Online.

Ummi ditemui pada majlis pelancaran drama mini 12 episod Chor & Chah yang diadakan di sini, Khamis.

Ummi sedang giat membuat persiapan hari bahagianya.

SILA KLIK: Ummi Nazeera Selamat Bertunang Dengan Lelaki Pilihan Keluarga

Drama kerjasama di antara Suhan Movies dan SME Corp Malaysia itu bakal mengetengahkan kit panduan dalam membimbing usahawan baharu yang ingin memulakan perniagaan.

Selain Ummi, Chor & Chah yang bakal disiarkan di YouTube turut menampilkan barisan pelakon seperti Saharul Ridzwan, Hafreez Adam dan Luqman Hafidz.

Dalam pada itu, Ummi berkata, dia jarang bertemu dengan Mr. I kerana pemuda itu yang juga seorang doktor perubatan bertugas di sebuah hospital di Sarawak.

Bagaimanapun kata Ummi, tunangnya itu akan pulang ke Kuala Lumpur sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk bertemunya.

"Walaupun jarang berjumpa tetapi kami selalu berhubung menerusi telefon dan saya tiada masalah dengan perkara itu.

"Ini kerana saya memahami tugasnya sebagai doktor yang sentiasa memerlukan dia berada di hospital.

"Bagaimanapun dia selalu pulang ke KL untuk bertemu selain berbincang mengenai persiapan perkahwinan kami," ujarnya.

Ummi dan Mr. I pada hari pertunangan mereka.

Sementara itu, Ummi berkata, dia senang dengan sikap jejaka itu yang disifatkan sebagai seorang yang kelakar.

Malah kata Ummi, tempoh pertunangan ini banyak memberi mereka peluang untuk mengenali diri masing-masing dengan lebih baik.

"Sejak bertunang saya mula mengenalinya dengan lebih baik dan mula nampak sikapnya yang kelakar.

"Saya selalu ingat dia seorang yang serius tetapi dia sebaliknya dan Alhamdulillah dalam tempoh pertunangan ini kami lebih banyak mengenali antara satu sama lain," katanya.

Bercakap mengenai persiapan perkahwinan, Ummi berkata dia masih belum membuat keputusan berhubung konsep dan tema hari bahagianya.

Ummi bakal muncul dalam drama mini Chor & Chah.

Pun begitu kata Ummi, dia sedang dalam proses membuat persiapan menjelang hari pernikahannya nanti.

"Saya dah pilih beberapa konsep dan tema tetapi belum buat keputusan akhir mengenainya.

"Tetapi Alhamdulillah dengan bantuan perancangan perkahwinan proses itu mula berjalan tambahan pula masa semakin suntuk," katanya.

Pada 11 Disember 2016, Ummi mengejutkan peminat apabila melangsungkan pertunangan dengan Mr. I, yang berusia 30 tahun pada sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya.

Pasangan itu diperkenalkan oleh ibu pemuda itu pada 29 Januari 2016 dan mengakui tertarik dengan Mr. I kerana dia berani menyahut pelawaan datang ke rumah untuk bertemu dengan ibunya, Datuk Seri Maziah Musa.

Ummi Nazeera

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut