Raja Azmi Terpaksa Berjauhan Dengan Suami 9 Bulan - Hiburan | mStar

Raja Azmi Terpaksa Berjauhan Dengan Suami 9 Bulan

Raja Azmi terpaksa berjauhan dengan suaminya, Mohd Eddie Ghazali selama sembilan bulan.

PETALING JAYA: Penerbit Raja Azmi memberitahu dia terpaksa berjauhan dengan suaminya, Mohd Eddie Ghazali sejak awal Disember lalu selama sembilan bulan.

Raja Azmi, 58, berkata, suaminya kini menetap di Pulau Langkawi selepas mendapat pekerjaan sebagai pemuzik di sebuah hotel di pusat pelancongan itu.

"Pada awalnya berat juga suami hendak terima tawaran itu kerana kami perlu berjauhan namun kerana tidak mahu menolak rezeki dia pun terima.

"Tetapi dia perlu menetap di sana selama sembilan bulan dan sudah berpindah ke sana sejak Disember lalu," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Raja Azmi, jika berkelapangan dia akan melawat suaminya di Pulau Langkawi dan sebaliknya mengikut kesesuaian masa Mohd Eddie.

Dalam pada itu, Raja Azmi berkata, biarpun baharu sebulan lelaki berkenaan berpindah namun perasaan rindu terhadap suaminya itu semakin menebal.

Raja Azmi dan suaminya Mohd Eddie Ghazali pada hari pernikahan mereka.

Malah katanya, dia berasa sunyi tanpa kehadiran Mohd Eddie kerana mereka sebelum ini sering bersama sekiranya hendak ke mana-mana.

"Sejak berkahwin tabiat kami memang suka keluar mencari sarapan pagi di sekitar Kuala Lumpur untuk mencuba menu baharu dan berbeza.

"Tetapi sekarang rasa seperti tidak ada selera pula hendak bersarapan kerana biasanya akan makan bersamanya.

"Sejak dia tiada adalah dua kali saya bersarapan diluar itu pun ditemani anak-anak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Raja Azmi berkata, tahun ini dia bakal bergiat aktif dalam bidang perniagaan untuk mempromosikan bedak sejuk keluarannya iaitu Kak Mie Cun.

Katanya, produk berkenaan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan dan akan membuat penjenamaan semula bagi menarik lebih banyak pelanggan terutama dikalangan orang muda.

"Selalu orang tanya saya apa rahsia penjagaan wajah dan saya senang sahaja bedak sejuk.

"Tetapi ramai orang tidak tahu kebaikannya terutama anak-anak muda dan Insya-Allah dengan penjenamaan semula ini dapatlah ia dikembangkan lagi," katanya.

Raja Azmi , Mohd Eddie

Artikel Sebelum

Aizat Pindah Rumah Ingin Hidup Berdikari

Artikel Berikut

Aiman Tino Serik Buat 'Kerja Gila'

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain