Aiman Tino Serik Buat 'Kerja Gila' - Hiburan | mStar

Aiman Tino Serik Buat 'Kerja Gila'

Aiman Tino melakukan eksperimen dengan berjalan seorang diri bagi melihat sama ada dia dikenali atau pun tidak. Foto LOW BOON TAT

PETALING JAYA: Penyanyi Aiman Tino mengakui pernah melakukan eksperimen yang disifatkannya sebagai 'kerja gila' semata-mata untuk mengukur popularitinya sejak melancarkan lagu Ku Rela Dibenci yang menjadi fenomena.

Aiman atau Aiman Yusri Ishak, 19, berkata, dia bertindak keluar seorang diri di sebuah pusat beli-belah namun perbuatannya itu menjerat diri apabila diserbu peminat.

"Saya melakukan eksperimen itu sebenarnya untuk membuat tinjauan sama ada saya dikenali atau pun tidak dan memang tidak sangka dikerumuni peminat.

"Ia berlaku pada akhir Ogos lalu semasa Ku Rela Dibenci sudah pun dilancarkan dan mula menjadi perhatian pendengar.

Aiman tampil dengan single terbaharu iaitu Permata Cinta.
"Bagaimanapun saya tetap gembira ketika itu dapat melayani peminat walaupun agak kepenatan," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Aiman berkata, insiden tersebut sebenarnya memberi kenangan manis kepadanya yang ketika itu baharu sahaja hendak bertapak dalam bidang seni.

"Setidak-tidaknya pengalaman itu memberi peringatan kepada saya bahawa sudah sampai masanya saya keluar ditemani rakan atau pun keluarga ketika berada di tempat awam.

"Bukan hendak perasan bagus sudah popular tetapi untuk mengelak agar tidak berlaku perkara diluar jangkaan," katanya.

Sementara itu, Aiman berkata, dia kini sibuk mempromosikan single terbaharunya iaitu Permata Cinta dan bersyukur kerana lagu berkenaan mula mendapat tempat dihati pendengar.

Selain itu, dia juga sedang dalam proses menerbitkan album sulungnya yang menggunakan khidmat bapanya sebagai komposer dan penerbit.

"Buat masa sekarang saya sudah ada lima buah lagu yang akan dikeluarkan secara single terlebih dahulu sebelum dikumpulkan menjadi sebuah album.

"Kesemua lagu itu masih mendapat sentuhan bapa saya sendiri dan kenalannya dan proses rakaman sudah pun bermul mulai bulan ini," katanya.

Tambah menarik kata Aiman, dia juga bakal tampil dengan sebuah lagu duet bersama Sufian Suhaimi sebagai memenuhi permintaan peminat yang ingin mereka bergandingan menerusi sebuah lagu.
Aiman Tino , Permata Hati , Ku Rela Dibenci

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain