suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harith Iskander Dikejutkan Dengan Hadiah RM100,000 Daripada KKMM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (dua, kiri) menyampaikan replika cek berjumlah RM100,000 kepada Harith Iskander (tiga, kiri) pada malam penghargaan kemenangannya dalam pertandingan Funniest Person in the World yang berlangsung di Finland, 10 Disember lalu. - Foto THESTAR/LOW BOON TAT

KUALA LUMPUR: Pelawak Harith Iskander dikejutkan dengan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 pada malam penghargaan bersempena kemenangannya pada pertandingan Funniest Person in the World di Finland 10 Disember lalu.

Hadiah tersebut disumbangkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebagai menghargai kecemerlangannya mengangkat nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menterinya, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak turut hadir pada acara itu bagi menyampaikan hadiah tersebut kepada Harith.

Dalam pada itu, Harith dalam ucapannya berkata dia tidak menyangka dengan kejutan tersebut dan menganggap ia sebagai rezeki.

Salleh menyampaikan trofi penghargaan kepada Harith yang turut disaksikan oleh isterinya, Dr. Jezamine Lim.

Malah kata Harith, dia terharu apabila Salleh sangat mengambil berat apabila mengetahui penyertaannya menerusi pertandingan itu.

"Saya teringat terserempak dengan beliau pada satu acara dan saya terkejut apabila beliau bertanya mengenai penyertaan saya menerusi pertandingan itu.

"Malah beliau turut meminta saya menghubunginya jika memerlukan sebarang bantuan dan sokongan," katanya.

Terdahulu, pelawak yang telah berada dalam industri ini lebih dari 25 tahun itu berjaya mengalahkan 88 pelawak dari seluruh dunia yang menyertai pertandingan itu.

Kemenangan itu melayakkan Harith membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM444,845).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain