Sikap Penyabar Penjaga Gol JDT, Pikat Hati Mia Ahmad

Mia Ahmad dan Ahmad Izham nikah 13 Januari 2017. FOTO: Low Boon Tat
KUALA LUMPUR: Aktres Mia Ahmad memilih 13 Januari 2017 sebagai tarikh untuk disatukan sebagai suami-isteri dengan penjaga gol JDT iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 28, berkata, majlis akad nikah mereka akan diadakan di Villa Sentosa, Taiping Perak, pagi Jumaat.

"Alhamudillah, kami membuat keputusan dalam tempoh yang singkat untuk mendirikan rumah tangga iaitu pada 13 Januari depan.

"Majlis pernikahan itu akan diadakan sebelum solat Jumaat di Perak," ujarnya kepada mStar Online.

SILA KLIK: Bakal Suami Beri Masa Dua Tahun Mia Ahmad Fikirkan Dunia Seni

Mia ditemui pada sidang media pengumuman majlis pernikahan di Flora Terrace di sini pada Jumaat yang turut ditemani bakal suaminya, Mohd Izham.


Kami doakan agar jodoh Mia Ahmad dan Mohd Izham Tarmizi Roslan akan berpanjangan. FOTO: Low Boon Tat.
Sementara majlis resepsi sebelah perempuan pula akan diadakan sehari selepas akad nikah iaitu di Kelab Golf Taiping, pada 14 Januari.

Terdahulu, keluarga Izham datang menghantar rombongan merisik Mia dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada dua minggu lalu.

Katanya lagi, dia terpaut hati dengan pemuda berusia 25 tahun itu kerana Mohd Izham seorang yang penyabar dan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Dia seorang yang tidak memeningkan kepala saya dan memahami jadual saya yang sibuk dengan penggambaran.

"Lagi pula, cara dia memikat saya tanpa putus asa memikat hati saya untuk menjadikan dia teman hidup," ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai persiapan perkahwinannya pula, ia sudah pun berjalan hampir 80 peratus.

Sementara itu, Mia berkata dia bakal menganjurkan majlis resepsi sebelah lelaki pada bulan Mac 2017 di Terengganu. Manakala majlis untuk rakan-rakan di Kuala Lumpur akan diadakan pada hujung Januari ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain