suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nora Ariffin Tersingkir, Enam Peserta Ke Final GV3

Peserta Gegar Vaganza 3 yang layak ke peringkat akhir Ahad depan dari kiri; Gmie (Screen), Ameng, Zarul Husin, Intan Sarafina, Siti Sarah dan Azharina. FOTO: Rohazat Darus
SHAH ALAM: Enam peserta bakal berentap di peringkat akhir program Gegar Vaganza musim ketiga yang bakal diadakan pada Ahad depan.

Penyanyi tersebut ialah Azharina, Zarul Husin, Intan Sarafina, Ameng, Gmie (Screen) dan Siti Sarah.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi penyanyi Nora yang membawakan lagu 'Lagu Untukmu' dan gabungan 'Sandiwara' dan 'All  I Ask' pada malam separuh akhir itu selepas dia mendapat tempat tercorot dan gagal meneruskan perjuangan minggu depan.

Nora Ariffin
Pengumuman itu dilakukan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Pada peringkat akhir nanti, enam peserta bakal merebut hadiah berupa wang tunai RM100,000 yang ditawarkan kepada pemenang utama tajaan Qu Puteh.

Ia bakal bersiaran dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria bermula pukul 9 malam.

Selain Datuk  Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim, separuh akhir GV3 turut diadili oleh Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai juri jemputan.
Gegar Vaganza, Akhir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia