"Foto Bogel Itu Bukan Saya" - Atikah Suhaime - Hiburan | mStar

"Foto Bogel Itu Bukan Saya" - Atikah Suhaime

PETALING JAYA: Ketika heboh penyebaran foto bogel dua orang  pelakon, seorang yang dikaitkan dalam foto berkenaan iaitu pelakon Atikah Suhaime tampil menafikan dia individu yang dimaksudkan selama ini.

Atikah, 25, yang berasal dari Singapura turut memberitahu dia tidak melihat gambar kontroversi itu yang turut mengaitkan pelakon Idris Khan.

"Itu bukan saya, saya langsung tidak lihat gambar tersebut. Hanya ibu saya sahaja yang lihat.

Atikah Suhaime diserbu oleh media untuk penjelasan gambar bogel.

"Ibu menasihatkan saya agar bersabar sahaja," ujarnya ketika ditemui pada majlis previu filem Volkswagen Kuning, di sini, malam Selasa.

Atikah menjawab kontroversi gambar bogel yang tersebar di Internet sehari sebelum Hari Raya Aidiladha lalu.

Pelakon yang popular dengan filem Highland Tower itu juga kelihatan tenang sepanjang diajukan soalan daripada media berhubung perkara berkenaan.

Selain itu, Atikah berkata, dia menyerahkan urusan bagi membuat laporan polis kepada pihak pengurusannya MIG Talent  selain mereka mahu menyiasat dalang disebalik penyebaran gambar berkenaan.

Salah satu foto yang dikatakan menyerupai Idris Khan dan Atikah Suhaime.

"Saya tidak boleh cakap banyak cakap tentang perkara ini dan akan menyerahkan kepada syarikat pengurus untuk menyiasatnya," ujar Atikah.

Terdahulu, pada tahun lalu, Atikah turut dihimpit kontroversi kononnya mempunyai video seks bersama dua pelakon lelaki iaitu Idris Khan dan Ammar Alfian.

Bagaimanapun, Atikah tampil menafikan berita berkenaan dan meminta pihak penyebar khabar angin itu agar menunjukkan bukti. 

Atikah Suhaime , Idris Khan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain