suria

Persiapan Sambut Bayi Lebih Utama Berbanding Syawal - Shukri Yahaya

Shukri bakal menimang cahaya mata pertama pada Ogos.
PETALING JAYA: Pelakon Shukri Yahya memberitahu dia lebih banyak membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya yang dijangka pada Ogos depan berbanding persiapan meraikan Syawal.

Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 28, berkata, sambutan Aidilfitri baginya kali ini lebih bersederhana namun teruja apabila pertama kali beraya sebagai pasangan suami isteri.

"Kami beraya secara sederhana sahaja tahun ini kerana banyak persiapan dibuat untuk sambut kelahiran anak sulung kami pada bulan depan sahaja.

Shukri akui bajet raya tiga kali ganda tahun ini.

"Baju raya tidaklah semeriah tahun lepas, lagipun isteri saya sedang besar kerana hamil kalau nak beli baju pun terpaksa beli yang besar," ujarnya.

Shukri Yahaya dan Tya Adnan berkahwin pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Dalam pada itu, dia mengakui biarpun bersederhana, namun bajet yang diperuntukan tahun ini lebih besar berbanding tahun lalu.

Katanya, ia berikutan sudah mempunyai tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga mertua.

"Kalau dulu bajet saya mungkin untuk seorang sahaja contohnya dalam RM1,000 pun sudah cukup, sekarang keluarga sudah besar.

"Mungkin ada penambahan dalam tiga kali ganda daripada bajet raya tahun lepas," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan kerjaya, Shukri berkata dia akan kembali bekerja pada pertengahan Syawal untuk penggambaran sebuah drama bersiri.

Shukri Yahaya

Artikel Sebelum

Artikel Lain