suria

Farahdhiya Selesa Masak Makanan Melayu

Farahdhiya

PETALING JAYA:Penyanyi dan pelakon Farahdhiya berkata dia lebih gemar memasak makanan Melayu berbanding makanan Barat biarpun berdarah kacukan Inggeris.

Katanya setiap kali tibanya Hari Raya dia bertanggungjawab untuk menyediakan pelbagai makanan raya untuk hidangan keluarganya pada Hari Raya pertama.

Farahdhiya hanya tumpu baju untuk persembahan pada Hari Raya.

"Malam raya biasanya sudah sibuk masak, saya lebih suka masak makanan Melayu contohnya sambal jawa, rendang daging, kuah lodeh dan ayam kalio.

"Makanan barat saya tidak pandai sangat, walaupun lebih mudah daripada masak makanan Melayu.

"Bila masak makanan Melayu saya menjadi lebih kreatif dan suka mencipta resipi mengikut kehendak sendiri," ujarnya.

Tambah penyanyi Bertahta Di Hati ini, kepakaran memasak makanan Melayu itu sekurang-kurangnya memudahkan dia untuk memasuki alam rumah tangga kelak.

"Tidak rugi kalau pandai masak, sekurang-kurangnya bila berkahwin nanti suami saya tidak kelaparan," ujarnya.

Sementara itu, Farahdhiya berkata, dia juga merancang untuk membuat rumah terbuka kepada peminat-peminatnya pada Syawal ini.

Bercerita tentang persediaan baju raya, dia hanya menyediakan sepasang baju kurung cotton untuk dipakai pada Hari Raya nanti.

Katanya, dia lebih memberi perhatian untuk menyediakan baju-baju bagi persembahan sepanjang Syawal nanti.

"Baju raya hanya baju kurung cotton sahaja keraan saya rasa lebih selesa untuk dipakai lama, baju-baju yang cantik hanya untuk menghadiri majlis dan persembahan pada raya nanti," ujarnya.

Farahdhiya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain