suria

Filem 'Redha' Raih Dua Anugerah Di Festival Filem Filipina 2016

Tunku Mona Riza (kanan) ditemuramah wartawan selepas meraih Anugerah Khas Juri.

PETALING JAYA: Filem Redha arahan Tunku Mona Riza memenangi dua anugerah di Festival Filem Filipina 2016 yang berlangsung di Manila, Filipina pada malam Ahad.

Filem tersebut meraih anugerah dalam kategori utama iaitu Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan aktres Jun Lojong dan Anugerah Khas Juri.

Isteri kepada pelakon Namrom ini dipilih memenangi anugerah tersebut berdasarkan watak seorang ibu yang penyayang dalam menghadapi pelbagai cabaran membesarkan anaknya yang menghidap autisme.

Filem Redha mengisahkan tentang kanak-kanak autisme.

Anugerah Khas Juri diterima oleh Tunku Mona Riza yang berjaya mengetengahkan emosi dalam filem tersebut sehingga sampai kepada penonton.

Filem Redha telah ditayangkan diseluruh pawagam Malaysia pada 14 April 2016 dan diterbitkan oleh Current Pictures Sdn Bhd.

Filem ini turut menampilkan barisan artis Namron, Harith Haziq dan Izzy Reef sebagai kanak-kanak autisme, Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, dan Susan Lancester.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain